Bibit Permulaan Johor Mahu Menubuhkan Negara Sendiri


Bibit Permulaan Johor Mahu Menubuhkan Negara Sendiri


Nampaknya keluarga diraja Johor sudah mulakan bibit-bibitnya. Istilah "BangsaJohor" bukan "a slip of tongue" dan punya asas sejarah yang kukuh sampai kini kerana kita semua tahu atau pura-pura lupa yang semua Raja-Raja Melayu adalah berdaulat dan memiliki "residual power" yang bila-bila masa saja boleh mereka tarik dan keluar daripada Persekutuan dan Malaysia.

Ketika Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertelagah dengan seorang menteri, adindanya Tunku Idris pula memuat naik tulisan berkaitan perjanjian bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjanjian itu, dalam status di Instragram pada Ahad itu, antaranya menyebutJohor setuju menandatangani perjanjian 1946 itu dengan mengenakan beberapa syarat.

“Sekiranya mana-mana daripada syarat-syarat tersebut dilanggar, maka terkeluarlah Johor daripada Malaysia,” menurut tulisan dimuat naik itu.

Syarat-syarat itu, menurut tulisan itu, Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.
Selain itu, perlembagaan negeri Johor tidak boleh diusik dan kuasanya terletak pada tangan sultan.

Tulisan itu juga menyebut, Johor dikenali sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat ketika menandatangani Perjanjian Setia 1885 dengan British.
Tiada sebarang status dimuat naik oleh Tunku Idris selain gambar butiranperjanjian itu.

Mengulas perkara itu, pengguna maya menyentuh pelbagai isu daripada kemungkinan Johor keluar Malaysia dan ada juga yang berharap baginda dapat bertenang.

Saya fikir bukan sahaja DYMM Sultan Johor malah mungkin juga Raja-Raja Melayu yang lain sedang mengorak langkah yang sama.

Related Posts:

Selepas Lama BERDIAM DIRI… Akhirnya PM Najib Keluarkan Kenyataan MENGEJUTKAN Tentang Tun Mahathir !!!

Selepas Lama BERDIAM DIRI… Akhirnya PM Najib Keluarkan Kenyataan MENGEJUTKAN Tentang Tun Mahathir !!! | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keadaan “berserabut” yang dikatakan wujud di bawah pentadbirannya ialah tindak-tanduk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Najib berkata, keadaan “berserabut” yang dirujuk Tun, sebahagian besarnya adalah akibat serangannya sendiri dan mengulangi dakwaan fitnah dan pembohongan pembangkang.
“Tuduhan-tuduhan ini telah diperbesarkan lagi melalui internet,” kata Najib dalam satu set soalan lazim yang dipaparkan diblognya malam tadi. Malah Najib berkata, bekas pemimpin negara selama 22 tahun itu juga telah mempercayai pembohongan di talian.
“Hanya kerana satu pembohongan disebarkan seribu kali, itu tidak bermakna ianya benar,” katanya Najib
Menurut Najib lagi, dengan adanya serangan yang dilakukan di talian, tidak hairan jika Mahathir merasakan wujud keadaan berserabut yang lebih besar hari ini.
Najib berkata demkian sebagai menjawab dakwaan Mahathir yang mendesak ahli parlimen Pekan itu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri berikutan dakwaan keadaan negara yang begitu ‘berserabut” berbanding sewaktu perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun, Najib tidak menyentuh dakwaan Mahathir mengenai gaya hidup mewahnya.
Najib berkata serangan yang dihadapinya sekarang tidak seperti apa yang Mahathir terpaksa hadapi semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun.
“Ini adalah sesuatu yang Tun tidak perlu berdepan semasa beliau menjadi perdana menteri,” katanya sambil menambah, pada waktu itu, Mahathir tidak perlu menghadapi tuduhan yang tiada akhirnya yang dikitar semula berulang-ulang dan dikongsi selaju kilat.
“Perkataan ‘viral’ hampir tidak wujud semasa pentadbiran beliau,” kata Najib.
Najib (gambar) menyalahkan media dalam talian yang menurutnya ‘mempunyai agenda tersembunyi yang memutarbelit tajuk utama dan memuat naik pembohongan yang begitu cepat dikongsi’. KREDIT MALAYSIA KINI.

Related Posts: