"Umie, Ada Ke Orang bagi Umie Baju Sekolah Yang Terpakai? Saya nak," - SEDIHNYA


##Ini anak istimewa. Umurnya 9 tahun, anak sulung dari lima beradik. Umur adiknya 8 tahun, 6 tahun, 5 tahun dan 6 bulan. Ayahnya masuk ke hutan, kerjanya mencari kayu gaharu. Ibunya pula entahlah kerja apa. Tak boleh post di Facebook kerja ibunya...

Balik dari sekolah, Wildad lah 'ibu' yang bertanggungjawab ke atas semua adiknya. Kalau cikgu bagi buku bawa balik ke rumah, maka bukunya akan hilang. Jika dipaksa bawa semula, keadaannya bukunya seperti belacan....

Anak ini tidak pernah mengulangkaji pelajaran di rumah. Tetapi, otaknya genius. Kalau beras tiada di rumah, dialah yang akan pergi mencari beras dan masak untuk adik beradiknya....

Pakaiannya jarang dibasuh dan pagi tadi tengok bajunya sudah koyak. Esok ada rombongan pergi ke Zoo. Dia punya bertanya;...

"Umie, ada ke orang bagi umie baju sekolah yang dah terpakai? Boleh ke saya nak," katanya....

Demikianlah perkongsian dari Puan Rusnah Abu Samah tentang kisah kanak-kanak perempuan ini. Berdasarkan komen rakan-rakan Puan Rusnah, rata-rata memuji kepintaran Wildad....

"Bila datang ke madrasah, mesti bukunya kotor walaupun buku itu baru diberi semalam. Tetapi kepandaiannya, mashaAllah. Mengaji jarang salah," kata Ummu Jannah Muhammad....

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan dan bantuan, bolehlah menghubungi Puan Rusnah di laman Facebooknya. ...

https://www.facebook.com/asrusnah


Sumber :  http://beritasangathangat.blogspot.my/

Related Posts:

DUNIA OH DUNIA..... Pengantin Baru Kongsi Gambar EHEM Malam pertama, Nak Berselfie pun agak-agak la kesian la kat orang bujang sama....



Sepasang suami isteri yang baru berkahwin di kecam pengguna media sosial gara gara sekeping gambar malam pertama yang di muat naik dalam ekaun pasangan tersebut.

Simpan untuk koleksi la gambar tu..ingat orang kata wahh gitu! ! mendidih pulak darah aku nak kahwin lagi satu tengok gambar mesra korang nie.



Related Posts:

REHAT LAH ATEN .. PATUT LAH AWAK PADAM GAMBAR ANAK DAN SUAMI RUPA NYA AWAK NAK PERGI JAUH (6GAMBAR)


Bagan Tiang : Jenazah kakitangan sebuah bank mangsa kemalangan semalam di Jalan Ipoh-Butterworth, berhampiran Sungai Rawa telah  selamat disemadikan di kampung halaman nya di Parit Haji Awi Bagan Tiang.

Jenazah nya tiba di rumah keluarga nya  pada jam lebih kurang 1430 petang semalam disambut dalam  suasana pilu oleh keluarga dan sahabat handai arwah.

Mangsa Nur Fatin Mohd Narzeri, 25, berasal dari Bagan Tiang, disini maut dilokasi kejadian setelah kereta jenis Perodua My vi dinaiki nya melanggar belakang sebuah lori muatan satu tan dalam perjalanan ke tempat kerja nya.

Mengikut rakan mangsa yang sama-sama belajar dengan arwah di POLIMAS, arwah merupakan anak sulung dari 3 adik beradik mendirikan rumah tangga dengan Lans Koperal Firdaus yang bertugas di IPD Kerian.





Hasil perkahwian pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia satu tahun 3 bulan yang masih menyusu ibu.

Arwah seorang insan yang sangat mesra dan disenangi rakan-rakan, sebelum kejadian ada dikalangan rakan arwah perasan yang arwah ada memadamkan gambar-gambar diri bersama anak dan suaminya di laman sosialnya hanya meninggalkan gambar-gambar nya sahaja.

Dia seseolah tahu yang dirinya akan pergi buat selamanya kata Hazwani yang merupakan rakan sebilik dan sekelas semasa di POLIMAS, ini yang mengundang pilu rakan arwah sesungguh nya tidak disangka apa yang berlaku menimpa rakan baik nya itu.

Hanya mampu doa dikirim buat arwah semoga tenang di sana " Rehat lah dengan tenang Aten".

Kepada suami arwah dan keluarga semoga tabah dengan dugaan ini, sesungguh nya Allah lebih menyanyangi Aten. Al fatihah 

Related Posts:

KOMEN SI JELITA INI PALING WIN TANDA SIMPATI PADA SI MATI DAN MARAH PADA GADIS OKU INI (6GAMBAR)




Seorang netizen wanita Esther Ann Manglesparun menyuarakan pendapat nya mengenai kes kemalangan yang membabitkan seorang gadis OKU dan seorang lelaki yang maut akibat kecuaian gadis tersebut memandu melawan arus.
Komen  Esther Ann Manglesparun di laman sosial yang di kongsikan di page Kaki Post telah mendapat 10349 share di laman sosial yang mana netizen yang lain menganggap ini komen paling "Win" dan sungguh pedas.
Kata-kata Esther Ann Manglesparun hanya lah pendapat peribadi nya yang menunjukkan kan tanda simpati pada si mati yang mana isteri nya kini kehilangan suami tercinta, ini juga menunjukkan kemarahan dan kekecewaan di atas apa yang berlaku yang dianggap tidak adil.




Dalam pada itu Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Nik Ros Azhan Hamid semalam menjelaskan bahawa, pemandu remaja berusia 19 tahun yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki, tidak dapat didakwa atas tuduhan membunuh.
Jelas Nik Ros lagi, dakwaan itu tidak dapat dilakukan kerana tindakan remaja itu tidak berniat untuk membunuh.
Ekoran kenyataan itu, netizen yang kurang arif mengenai sistem perundangan di negara ini mula mempertikai kan dan memperlekeh kan Polis Diraja Malaysia secara terbuka di media sosial.
Peguam, Nor Zabetha, berkata, terdapat perbezaan antara bunuh di bawah Kanun Keseksaan dengan pemanduan yang menyebabkan kematian.
“Sekiranya seseorang membunuh secara sengaja, dia akan disabitkan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan tetapi bagi kes kemalangan tertuduh akan disabitkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

“Bagi kes ini lebih sesuai di bawah Seksyen 41 menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan dibaca bersama dengan Seksyen 44 memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol.
“Tetapi untuk mendakwa dia dengan kesalahan membunuh memang tidak tepat dan tidak memenuhi elemen kesalahan bunuh di bawah Kanun Keseksaan Jenayah.
“Saya faham, kadang-kadang netizen tak faham undang-undang. Kalau tak menepati elemen dan didakwa di mahkamah, tertuduh akhirnya akan dibebaskan tanpa sebarang hukuman.” jelasnya.
Justeru, netizen dinasihatkan bersabar dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan polis. Sebaiknya, beri ruang dan kepercayaan kepada polis untuk menyiasat kes ini.

Related Posts:

"Biarlah orang nak cakap apa" - Fairuz, Suami Datuk Vida



biarlah orang nak cakap apa fairuz suami datuk vida
Kredit foto: tambahcheese.com

Semalam, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita keruntuhan rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida. Dakwaan penceraian tersebut telah menjadi tular sejak dua minggu yang lalu. 
Dalam perkembangan terkini, suami Vida, Fairuz Ahmad Zainuddin ketika cuba diwawancara, memberikan beberapa jawapan ringkas berkenaan berita tersebut. 
Apabila diminta mengulas, beliau enggan mengeluarkan sebarang kenyataan. 
Tengah viral ya, bior le, no comment.
Sumber: Media Hiburan 

Namun apabila ditanya, adakah beliau tidak bimbang akan spekulasi-spekulasi yang bakal timbul jika terus berdiam diri, ini pula jawab Fairuz. 
Biar la orang nak cakap apa. My comment is no comment.
Sumber: Media Hiburan 

Fairuz yang ketika itu diwawancara melalui aplikasi Whatsapp turut memberitahu beliau baru sahaja tiba di Ipoh selepas perjalanan dari Kuala Lumpur. 
Sementara itu dalam kenyataan lain, Datuk Seri Vida mengakui beliau dan suami telahpun bercerai, bagaimanpun enggan berkongsi punca perpisahan tersebut. 

Related Posts: