Mandi wajib merupakan
perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat
Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya
dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja.
Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang
itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Penolong Pengarah Bahagian Dakwah,Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM),Ustaz Haji Mat Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapun,
berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak
Timur dan penceramah,didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara
ini.
“Akibatnya,mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak
memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh
seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi
wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri
Keramat Kuala Lumpur.
Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah
tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah
mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak
akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana
Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air
sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat
mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.”
Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah:
"Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis
yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita
ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya
membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke
seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di
badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang
atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu
wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana
dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah
dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu
wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika
sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang
merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna
selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.Oleh itu,seseorang yang
mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia
mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang
pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut
itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada
rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang
air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke
rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke
rambut.
Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya
pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu
tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya
menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah
dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya
menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan
ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.Jadi,ia perlulah
diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.
Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji
Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan
lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air
mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum
perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air
mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami
isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas
bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.
Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika
tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah
sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
PENERANGAN YANG LEBIH JELAS TENTANG NIAT MANDI WAJIB.
TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA lautbiru ATAS HURAIAN ANDA.
BERIKUT ADALAH PENERANGAN BELIAU:
TERIMA KASIH KEPADA SAUDARA lautbiru ATAS HURAIAN ANDA.
BERIKUT ADALAH PENERANGAN BELIAU:
SECARA BASICNYA...APA YG PERLU...SELEPAS BERNIAT..AIR MESTILAH
DIRATAKAN...WALAUPUN SEKALI..
Jadi....Contohnya....SEORG MANDI DULU TANPA NIAT (MANDI
SUNGAILAH KATAKAN)....setengah jam! ...Dah puas mandi...Lepas tu..dah nak
balik...Dia lalu berniat. mengangkat hadath besar...kemudian dia terjun sekali
dalam sungai...Dan dengan sekali terjun tu dia berjaya ratakan air keseluruh
anggota dia termasuk di celah celah dsbnya....walau sekali dive tu...DAH SAH
PUN MANDI WAJIB DIA!
ATAU...
Dia dah basuh 1 anggota dulu sebelum berniat......
lepas tu dia berniat ...dan mandi...DAN DIA BASUH JUGA /BASUH
PULAK ANGGOTA YG DIA BASUH SEBELUM NIAT TADI....SAHLAH JUGAK MANDI DIA!
YG JADI TAK SAH PULAK...
Selepas dia basuh 1 anggota sebelum berniat tadi....dan selepas
berniat ...Anggota yg dia dah basuh sebelum niat tu...tak di basuh dah..
Maksudnya...hanya ada 1 basuhan sja yg berlaku...iaitu basuhan
yg sebelum niat tu tadi....YG NI...BARULAH BETUL TAK SAH..
SEBENARNYA VERY SIMPLE....
p/s :...Tak ada syarat "Tertib" pun dalam mandi
wajib...atau "berturut"...so...andaikan lepas mandi..kita lihat ada
plastik tertempel di belakang lengan kita misalnya yg menyebabkan tak sampai
air di situ...
TAK PERLU PUN MANDI SEMULA!
Cukup sekadar kita cabut plastik tu...dan basuh je tempat
tu..TAK PERLU ULANG MANDI! ....selesai!...
(Sekalipun kita dah siap pakai baju & makan roti canai sekeping baru kita lakukan...SAH!....)
(Sekalipun kita dah siap pakai baju & makan roti canai sekeping baru kita lakukan...SAH!....)
O.K...saya rasa/harap keterangan dlm p/s ini akan men clear kan
segala kemusykilan...
Wallahu a'lam
KEMUSYKILAN-KEMUSYKILAN:
Persoalan Pertama:
ade yg mengatakan perlu mengambil wuduk dahulu
Jawapan:
Mengambil wudhu' sebelum mandi wajib adalah sunat dan menjadi
amalan Rasulullah SAW. Di antara hikmahnya ialah menyegarkan badan dan
mengembalikan tenaga.
Penambahan dan penerangan lanjut oleh saudara lautbiru:
MENGAMBIL WUDUQ SEBELUM MANDI WAJIB
Mengambil Wuduq sebelum daripada kita mandi wajib ini merupakan
SALAH SATU DARIPADA PERKARA PERKARA YG DISUNATKAN SEBELUM MANDI..
Maksudnya....kalau kita sekadar nak mengangkat Hadath besar
tu...kita perlu sempurnakan yg wajib sja...iaitu RUKUN RUKUN NYA...
Tapi...MANDI WAJIB ini ADALAH JUGA IBADAH!
Jadi...biarlah beribadah dgn sesempurna sesempurnanya...maka...perlu juga kita perhatikan perkara prkara sunatnya..yg salah satunya adalah WUDUQ SEBELUM MANDI...
Jadi...biarlah beribadah dgn sesempurna sesempurnanya...maka...perlu juga kita perhatikan perkara prkara sunatnya..yg salah satunya adalah WUDUQ SEBELUM MANDI...
O.K...secara ringkas...saya beri antara perkara perkara sunatnya
iaitu..:
ANTARA SUNAT SUNAT DALAM MANDI..
1. Menghadap kiblat
2.Sunat berkumur, masuk air ke lubang hidung, hilangkan najis ,
yg tak najis pun (air mani yg melekat...tak najis..tapi sunat hilangkan dulu)
dsbnyalah..
3. BARU KITA AMBIL WUDUQ DULU DGN SEMPURNA...
Kalau kita selepas tu tak melakukan perkara yg membatalkan
wuduq...selesai mandi tu...tak perlu lagi kita ambil wuduq dah utk melakukan
perkara yg memerlukan wuduq...misalnya kita terus nak sembahyang...boleh terus
je..
Ada byk lagi sunat sunat mandi ni...tapi saya cuma nak sebut
yg..dikatakan..MUALAT (BERTURUT TURUT)...
Yg ni yg saya kata...kalau kita nak basuh kemudian tangan kita je....sebelum tu kita dah mandi dah ...tapi...tak basuh tangan..(contoh jee..)... ..maksudnya..Tak Mualat lah...so...tak dapat lah sunat Mualat tadi..
Yg ni yg saya kata...kalau kita nak basuh kemudian tangan kita je....sebelum tu kita dah mandi dah ...tapi...tak basuh tangan..(contoh jee..)... ..maksudnya..Tak Mualat lah...so...tak dapat lah sunat Mualat tadi..
Yg sunatnya..kita basuh berturut turut semua anggota sampai
selesai...
O.K Tuan ya...Harap menjawab soalan..
p/s :
"perlu mengambil wuduk dahulu..." : PERLU dlm soalan Tuan Chor ini bermaksud "SUNAT"..
"perlu mengambil wuduk dahulu..." : PERLU dlm soalan Tuan Chor ini bermaksud "SUNAT"..
Wallahu a'lam...
Persoalan Kedua:
sekiranye semasa mandi wajib itu ade menyentuh kemaluan, kene
ambil wuduk selepas habis mandi wajib sekiranye kite nk sembahyang...
Jawapan:
CARA MANDI HADAS YANG
SEMPURNA DAN MUDAH
Soalan; macam mana mandi hadas besar dgn betul, mudah dan
mengikut sunnah nabi. blhkah kita menyentuh kemaluan ketika mandi atau itu
boleh membatalkan mandi kita tadi? Saya was-was dal hal ini.
Jawapan;
Kaifiyat mandi hadas yang sempurna dan mudah diamalkan ialah
dengan mengikut cara mandi Nabi s.a.w., antaranya yang diceritakan oleh
Saidatina ‘Aisyah r.a sebagaimana berikut;
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila baginda mandi janabah, baginda
mula dengan membasuh dua tangannya. Kemudian baginda menuangkan air ke tangan
kirinya dengan menggunakan tangan kanannya, lalu (dengan tangan kiri itu)
baginda membasuh kemaluannya. Kemudian baginda mengambil wudhuk sebagaimana
wudhuk untuk mengerjakan solat. Kemudian baginda mengambil air, lalu memasukkan
jari-jarinya ke akar rambutnya hingga apabila melihat air telah membasahi
seluruh (kulit kepala dan akar-akar rambutnya), baginda mencebuk air (dan
menjirus) ke kepalanya sebanyak tiga cebukan. Kemudian baginda menyiram air ke
seluruh badannya. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya” (HR Imam Muslim).
Dari hadis di atas, dapat kita simpulkan cara mandi hadas
seperti berikut;
1. Setelah membaca Bismillah, mulakan dengan membasuh dua
tangan. Di dalam hadis yang lain, ada dinyatakan baginda membasuh dua tangannya
sebanyak dua atau tiga kali.
2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.
4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.
6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.
7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.
8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.
2. Kemudian basuh kemaluan dan najis di badan jika ada dengan menggunakan tangan kiri.
3. Setelah itu ambil wudhuk sebagaimana yang biasa dilakukan.
4. Kemudian mulakan mandian dari bahagian kepala terlebih dahulu hingga rata air di seluruh kepala termasuk di celah-celah rambut.
5. Selesai bahagian kepala, lakukan mandian di bahagian badan pula; dari leher ke bawah. Sunat menjirus bahagian kanan terlebih dahulu, kemudian baru diikuti sebelah kiri.
6. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.
7. Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya.
8. Ketika mandi itu, jangan lupa berniat di dalam hati melakukan mandi yang diwajibkan atau berniat mandi untuk menghilangkan hadas besar dari badan.
Menyentuh kemaluan tidaklah membatalkan mandi. Ia hanya akan
membatalkan wudhuk. Semasa mandi, jika menyentuh kemaluan itu dilakukan dengan
niat/tujuan meratakan air ke bahagian kemaluan, tidaklah perlu mengulangi
wudhuk kembali selepas mandi kerana sentuhan itu terpaksa dilakukan untuk
menyempurnakan mandi wajib. Namun jika sentuhan itu berlaku setelah bahagian
kemaluan itu telah diratakan air (semasa mandi itu) atau setelah selesai mandi,
maka ketika itu barulah wajib mengambil wudhuk kembali selepas mandi. Adapun
mandi, ia tidak terjejas semata-mata dengan menyentuh kemaluan.
Walahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/230.
Posted
by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
0 Response to "CARA MANDI WAJIB YANG BETUL DAN SAH !!!"
Post a Comment