Lana Nodin Terkejut Suami Hadiah Cincin RM100,000 & BMW Sport

Lana Nodin Terkejut Suami Hadiah Cincin RM100,000 & BMW Sport

16/05/2015
Dilihat : 100983
Pelakon Lana Nodin mengaku terkejut apabila suaminya Mohd Daud McKienzie,35, menghadiahkan cincin berlian bernilai hampir RM100,000.

Lana atau nama sebenarnya Mazlin Hasan Nodin, 35, berkata dia hanya tahu mengenai cincin berlian tersebut ketika upacara membatalkan air sembahyang selepas akad nikah.

“Saya tak sangka ketika David (Daud) sarungkan cincin tadi, dia kejutkan saya dengan cincin idaman saya. Saya pernah lihat cincin tersebut ketika mengunjungi Amerika Syarikat beberapa bulan lalu,” katanya yang turut menghadiahkan David seutas jam tangan berharga RM25, 000.

Ketika ditanya adakah barangan lain selain cincin yang diberikan suami sebagai hadiah di hari perkahwinan, Lana memberitahu ia sebuah kereta BMW Sport.

“David hadiahkan BMW Sport…Saya pun tidak tahu mengapa BMW, mungkin dia lihat karakter saya sesuai dengan kereta itu agaknya,” jawab Lana malu-malu.

Lana yang ditemui di Hotel Palace Of Golden Horses selepas majlis pernikahannya pada pagi Jumaat bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran diberi suaminya.

“Maaf, saya bukan tidak mahu berkongsi tentang itu (wang hantaran), tetapi suami minta rahsiakan. Dia segan.

“Wang hantaran yang David berikan kepada saya itu, telah saya serahkan kesemuanya kepada ibu dan bapa saya. Mereka lebih berhak menerimanya,” ujarnya.

Lana dan suaminya David yang merupakan pemain bola tampar skuad olimpik Amerika Syarikat itu, bakal berangkat ke Negara Uncle Sam dua minggu lagi kerana suaminya terlibat dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2016.

Sumber Foto: Instagram Daud Mc Kienzie

Related Posts:

0 Response to "Lana Nodin Terkejut Suami Hadiah Cincin RM100,000 & BMW Sport"

Post a Comment