Adik Perempuan Terpaksa Bayar Dosa Abang

Adik Perempuan Terpaksa Bayar Dosa Abang 

 Dua beradik perempuan termasuk seorang berusia 15 tahun dihukum rogol sebagai balasan terhadap tindakan abang mereka melarikan diri dengan isteri orang.

gambar hiasan


Ahli Majlis Kampung di pekan di daerah Baghpat itu juga memerintahkan remaja berkenaan dan kakaknya Meenakshi Kumari, 23, diarak bogel di kampung mereka dengan wajah diconteng arang.

Zee News melaporkan, abang mereka Ravi jatuh cinta dengan seorang wanita dari kasta Jat sebelum pasangan itu melarikan diri dari kampung berkenaan, Mac lalu, walaupun perempuan berkenaan sudah dikahwinkan dengan lelaki lain, sebulan sebelumnya.

Meenakshi dan adiknya turut melarikan diri pada Mei lalu kerana takut dihukum orang kampung atas perbuatan Ravi dan rumah mereka digeledah tidak lama selepas itu. Keluarga berkenaan daripada kasta Dalit iaitu yang paling rendah dalam masyarakat di India.

Ravi dan kekasihnya kemudian pulang menyerah diri selepas keluarga masing-masing diseksa masyarakat Jat dan polis disebabkan perbuatan mereka.

Malangnya, majlis kampung atau Khap Panchayat tidak berpuas hati dan memerintahkan dua adik perempuannya turut dikenakan hukuman.

Sehubungan itu, Meenakshi memfailkan petisyen memohon perlindungan mahkamah agung, manakala ayahnya mengemukakan aduan rasmi mendakwa keluarganya sering diganggu keluarga kekasih Ravi dan polis.

Seorang lagi abang, Sumit Kumar berkata, golongan Jat amat berpengaruh dalam Khap Panchayat kampungnya, malah tidak takut membunuh kerana turut disokong polis tempatan.

Katanya, kekasih Ravi yang kini mengandung juga diancam bahaya.

Khap Panchayat lazimnya dianggotai lelaki tua daripada kasta tinggi yang meletakkan pelbagai garis panduan penduduk kampung. Mahkamah Agung India mengharamkan hukuman ditetapkan kumpulan seperti itu, namun Khap Panchayat masih berkuasa terutama di kawasan pedalaman.

Related Posts:

Cerita Sebenar Disebalik Gambar Gadis Cantik Minta Sedekah Yang Viral di Media Sosial

sedekah di satu kawasan di Kuala Lumpur menjadi viral di media sosial sejak semalam.

Gambar gadis tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook dengan kapsyen :

Gadis cantik ini rela meminta-minta dari pada menjual harga diri nya (pelacur)untuk mendptkan uang..demi pengobatan ibu nya....
Ya Allah kami mohon lindungilah dan beri rejeki yg melimpah untuk anak gadis ini AAMIIN:)






Gambar tersebut telah mendapat 209,000 likes, 39,000 komen dan 2,500 perkongsian.

Namun setelah diselidiki gambar tersebut, ternyata gadis di dalam gambar itu adalah seorang pelakon iaitu Anzalna Nasir, bukannya seorang peminta sedekah seperti yang dimaksudkan oleh pemuat naik gambar tersebut.

Difahamkan juga, di saat gambar itu diambil, Anzalna sedang 'shooting' satu drama yang bertajuk "Memori Cinta Suraya"

Related Posts:

Remaja Gelar Diri Anonymous Malaysia Ugut Mahu Bom KL Berjaya Ditangkap

Remaja Gelar Diri Anonymous Malaysia Ugut Mahu Bom KL Berjaya Ditangkap


Tiga remaja yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous Malaysia yang telah memuatnaik video klip provokasi di laman Youtube bertajuk ‘We Will Blast Malaysia‘.

Video berkenaan menunjukkan gambar dan video kejadian letupan di Thailand dan kemudiannya keluar tulisan "Malaysian, are you ready" sambil memaparkan gambar peserta bersih yang berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun tidak sampai 24 jam dimuatnaik beberapa serbuan telah dilakukan di Johor Bahru lewat malam jumaat semalam dan turut disebarkan di media sosial sempena perhimpunan haram Bersih 4.0.

Menurut laporan portal Agenda Daily, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan penahanan berkenaan berkata, semua mereka berusia 18 hingga 21 tahun.

Saspek telah dikesan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman selepas mereka telah mengancam mahu menggodam sistem komputer dan laman web agensi kerajaan Malaysia pada lewat Khamis.

Dengan serbuan tersebut pihak polis berjaya merampas beberapa barang peribadi milik mereka untuk membantu siasatan.

Semua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM memandang serius akan perkara ini kerana ia melibatkan hal keselamatan negara.

“Kami tidak akan berkompromi dengan segala bentuk ancaman yang dilakukan pihak tertentu untuk menggugat keselamatan dan ketenteraman negara ini.

“Ia satu ancaman yang kita tidak pernah pandang remeh dan akan bertindak serta mengenal pasti pihak berkenaan.

Kami sedang siasat ancaman itu dan pihak yang melakukan ancaman. Kita sudah melakukannya,” katanya.

Related Posts:

AWAS!! Berhati-hati Jika Anda Membunuh Lipas,Jangan Main Hentam Je..Silap Haribulan Anda Akan Menderita Seperti Dalam Gambar Ini... (7 Gambar)




Pesan perkara ini kepada orang tersayang anda terutama anak anak yang masih dibawah umur yang suka membunuh lipas dengan cara memijaknya.

Karena di dalam perut lipas terdapat cacing halus/lembut yangg tetap hidup sekalipun induknya mati ,cacing ini tidak nampak dengan mata kasar kecuali dengan jarak dekat,Bila cacing ini sudah berada di luar dari tubuh lipas (perut) dia akan bergerak untuk mencari tempat/indukan baru.

Cacing ini bentuknya sangat pendek, halus dan lembut akan terlihat kasat mata bila jarak pandang sekitar 10-20cm.Untuk melihat cacing ini, anda dapat menaruh isi perut lipas diatas kertas hitam atau diatas cermin... disitu akan terlihat pergerakannya.

Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki kanak-kanak yang masih mempunyai kulit lebut) bahkan ada yang sampai kemata,karena dapat masuk melalui pori-pori kulit atau
bila ada luka terbuka pada kulit luar.

Anatara akibat yang bakal anda hadapi bila salah membunuh lipas.

kaki kanak-kanak menjadi indukan baru cacing lipas



cacing lipas yang masuk melalui pori pori kulit membiak di mata kanak kanak dan orang dewasa

Akan jauh lebih baik membunuh lipas cukup dengan menggunakan obat sembur anti serangga, yg dapat membunuh lipas tanpa harus memukul hingga mengeluarkan isi perutnya.


sumber asal

Related Posts:

Dosa dosa Tun M yg tak pernah di ceritakan






--------------------------------------------------------------



DOSA DOSA MAHATHIR SEPANJANG 22 TAHUN MEMERINTAH !!


Oleh Tun Telanai

Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr.Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang ia seorang negarawan tulin yang kononnya ia mementingkan kebajikan rakyat dan kepentingan Negara sepanjang 22 tahun ia memerintah.

Memandangkan usianya semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada lagi di dunia ini.

Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika ia berkuasa. Langkah pertamanya ialah dengan menyalahkan pasukan polis dalam ‘Operasi Lalang 1987’ dan melahirkan kekesalan beliau terhadap pasukan polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Adalah dijangkakan banyak lagi isu-isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini bagi membersihkan dirinya seperti kes pembunuhan beramai-ramai di Memali, kes pemecatan Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes-kes yang menjadi kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam karbinet besi berkunci. Semua kes ini akan terbongkar ketika beliau dan UMNO tidak berkuasa lagi di satu masa nanti. InsyaAllah.

Di bawah ini saya perturunkan perkara-perkara yang mana pada pandangan dan anggapan saya adalah satu perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :

1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:
  • Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.
  • Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.
  • Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN
  • Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.
  •  
  • Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.
  •  
  • Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.
  •  
  • Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.
  •  
  • Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.
  •  
  • Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: 
  • Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.
3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN
  • Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.
  • Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.
  • Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.
  • Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.
  • Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.
  • Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.
  • Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).
  • Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .
  • Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.
  • Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.
  • Memaksa Petronas membeli saham Proton.
  • Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.
  • Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
  • Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.
  • Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.
  • Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.
  • Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan
  • Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.
4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:
  • Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).
  • Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).
  • Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).
5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa
  • Campur tangan terhadap tugas-tugas polis
  • Mengganggu penyiasatan BPR
  • Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
  • Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.
6. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
  • Keruntuhan makmal computer;
  • Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
  • Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
  • Keretakan PULAREK; dan
  • Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.
7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman
  • Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)
  • Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
  • Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
  • Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.
  • Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.
  • Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.
  • Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.
  • Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan
  • Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.
8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
  • Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;
  • Kerugian pelaburan Tabung Haji;
  • Kerugian RM15b Bank Negara;
  • Kerugian RM40 juta AIM;
  • Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
  • Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.
9. Menghina dan menyekat Islam
  • Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
  • Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
  • Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
  • Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
  • Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
  • Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.
10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera
  • Menutup dua MRSM di Terengganu;
  • Menutup sekolah agama rakyat; dan
  • Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.
Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:

  • Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;
  • Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;
  • Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;
  • Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan
  • Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.

Tun Telanai

Related Posts:

BAWAK-BAWAK MENGUCAP DATIN.


BAWAK MENGUCAP DATIN ..KORANG INGAT LAGI datin ezurin yg tayng dada dgn zahida rafik haritu? ni dia ada uplod gambar HB dia vvip tu,kacak juga orgnya..PIC LAST tu baik suruh dia belajar mengucap,klu muslim..mmg terbeliak biji mata..








Related Posts:

Berbaju Kurung Di Milan, Tanpa Sedar Gadis Melayu Ini Jadi Tumpuan Ramai


GADIS BERBAJU KURUNG INI tgh main handphone di MILAN sana
TIBA2 TANPA dia sedari, ramai2 omputeh kerumun dia..itu dah jadi kenangan yg tak AKAN dia lupakan seumur hidup tu,

Memakai baju kurung di luar negara apatah lagi di negara yang mana majoriti rakyatnya berbangsa Eropah bukanlah sesuatu yang menjadi kebiasaan bagi kita dari Malaysia.
Namun tidak begitu bagi Cik Ainaa Hamizah, seorang pegawai kerajaan yang bertugas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Kisah yang ingin kami bawakan tentang Cik Ainaa ini bermula daripada status beliau yang telah dikirim oleh salah seorang pembaca Vocket.
ainaa-1
Semalam. Ada orang tu dia pegi merayau jauh-jauh. Then penat, jadi dia menenangkan fikiran, duduk atas beca main henponBile dongak, tetibeperasan kena kerumun. Jadi dia senyum. Gilaaaa!
Tertarik dengan kisah ‘rare‘ beliau ini, kami jejaki Cik Ainaa dan beliau telah sudi berkongsi kisah ini dengan lebih lanjut.
S: Boleh berikan sedikit latar belakang Cik Ainaa dari segi pekerjaan dan sudah berapa lama bertugas di Milan?
J: Saya adalah salah seorang pegawai kerajaan yang bertugas di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Jalan Duta.
Bermula tahun lepas, saya terlibat secara langsung dalam penyelarasan penyertaan Malaysia di Ekspo Milan yang juga merupakan salah satu agenda utama Kementerian ini bagi tahun 2015. Jadi saya telah bertugas di Pavilion Malaysia di Ekspo Milan 2015 bertempat di Milan, Itali sejak beberapa bulan yang lalu.
Maklumat lanjut mengenai Penyertaan Malaysia di Ekspo Milan boleh dilayari diMalaysiaPavilion2015.com.my.
ainaa-12
Back to the extremely hot summer city.
S. Adakah Cik Ainaa sering berbaju tradisional sewaktu bertugas di sana ?
J: Pakaian harian yang ditetapkan bagi tugasan harian di Pavilion ini adalah Polo-T dan Navy Blue Pants yang ditempah khas.
Namun saya memilih untuk berpakaian tradisional baju kurung sekerap yang mungkin walaupun bekalan baju kurung yang dibawa sedikit terhad.
Saya lebih gemar memakai baju kurung baik di Malaysia atau di luar negara mengambil kira aspek kebiasaan dan keselesaan. Mungkin sesetengah orang merasa rimas memakai baju kurung apatah lagi bagi musim panas di Milan yang kadangkala mencecah suhu 40 darjah, tapi bagi saya ini adalah pakaian biasa atau pakaian harian saya.
Perkara yang paling penting bagi saya ialah menonjolkan identiti Malaysia. Mengambil kira sekarang ialah musim panas, saya lebih memilih warna-warna terang untuk baju kurung yang dipakai.
ainaa-2
The daddy came and said ‘She wanted to dance with you’.
Out of the blue moon meh? Tapi sebab omey angat, titew okey jewww. Siap flying-flying kiss lagi!
S: Bagaimana pandangan dan sambutan orang-orang di Milan setiap kali Cik Ainaa berbaju tradisional?
J: Pengangkutan utama ke tempat kerja adalah menggunakan train. Umum tahu bahawa majoriti penduduk di sini menggunakan perkhidmatan train ini bagi pergerakan seharian.
IMG-20150602-WA0016
Ketika dalam perjalanan menaiki train. Setibanya train di Rho Fiera Station, saya didekati oleh satu pasangan suami isteri yang meminta untuk bergambar bersama saya dan memuji rekaan baju kurung berwarna ceria yang dipakai pada hari berkenaan.
Pengalaman pertama menaiki train di Milan dengan memakai baju kurung, tidak dinafikan, sangat janggal mengambil kira pandangan orang sekeliling. Dengan pandangan dan renungan yang diberikan, pelbagai persepsi yang timbul menaikkan lagi rasa janggal juga bersilih rasa bangga.
ainaa-8
And another experience to share. Went to work wearing baju kurung. Everyone was looking and staring, some stopped and asked for a snap with meself. Maluuu. Konon. Cet! Remember, this is not of me, it’s of the baju kurung. Be proud with our traditional wear. Malu la sesapa yang malu pakai baju kurung. They appreciate it so why can’t you?
Ada satu ketika permulaan saya memakai baju kurung, satu pasangan ingin memulakan perbualan dalam bahasa Itali yang memang langsung tidak saya fahami ketika dalam perjalanan ke tempat kerja menaiki train. Dengan bantuan seorang gadis remaja Itali yang fasih berbahasa Inggeris, perbualan diterjemah seperti berikut:
‘You look beautiful in that dress. Is this your country’s dress? We don’t really have one national dress that looks unique in itself, just like yours. What a beautiful design of dress.’
ainaa-3
Main-main fitting costume. Esok pakai sari pulak. DPA sangattt! All in one. Bindey dandet!
S: Dari salah satu gambar saya lihat Cik Ainaa juga pernah sertai perarakan pakaian tradisional semasa di sana? Atau itu untuk acara lain?
J: Acara ini merupakan Peragaan Fashion Mini yang dianjurkan sebagai salah satu aktiviti harian yang diadakan di Pavilion Malaysia. Pelbagai pakaian tradisional dari pelbagai etnik (Melayu, Cina, India, Kadazan, Sumazau) diperagakan. Saya dengan rela hati menawarkan diri untuk memakai songket.
ainaa-1
S: Tentang kisah ini, bagaimana perasaan Cik Aina bila sedar orang-orang Milan sedang snap gambar Cik?
J: Ini merupakan satu yang bagi saya sangat spontan dan kelakar. Pada hari kejadian, saya terlibat dengan tugasan yang memerlukan saya berjalan ke sana sini membuat lawatan ke Pavilion negara lain.
Usai tugasan dan sekembalinya ke Pavilion Malaysia, saya tergerak untuk berehat sebentar di atas beca. Asasnya, beca ini disediakan untuk memberi peluang kepada para pengunjung Ekspo untuk bergambar (Photo Opp).
Namun pada ketika kejadian, tiada pengunjung yang berhenti untuk mengambil gambar, justeru saya mengambil keputusan untuk duduk di atas beca sambil mata tertumpu pada telefon bimbit dan tangan kiri memegang kipas tangan.
Kurang lebih 5-10 minit kemudian, rakan di Pavilion memanggil nama saya dari jauh, saya mendongak dan perasan bahawa saya telah dikerumuni oleh beberapa pengunjung Ekspo.
Ya, perasaan pada mulanya adalah malu dan saya bertanya di dalam hati;
‘What am I now? Trishaw is the photo opp, not me. So should I just sit and smile or should I stand and give them to have their photo opp?’.
Sejurus perasan bahawa saya dikerumuni oleh pengunjung, saya bergegas bangun dari beca, namun digesa oleh para pengunjung untuk kekal berada di dalam beca kerana gambar yang mereka mahukan ialah tidak lain tidak bukan,the Malaysian face or rather the Malaysian look. Jadi saya betulkan kedudukan dan senyum!!! Dan perasaan bangga sekali lagi.
Selepas saya turun dari beca, beberapa pengunjung turut menyambung untuk mengambil kesempatan bergambar bersama saya, mengabadikan kenangan bersama rakyat Malaysia berpakaian tradisional.


ainaa-5
With the bellisime Malayalised barbie dolls! Malayalised, word. Haha –Milan, Italy
S: Ada pesanan yang Cik Ainaa ingin sampaikan kepada rakyat Malaysia berkaitan pemakaian baju tradisional?
J: “Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”, “Alah bisa, tegal biasa”.
Itulah pepatah yang sesuai dalam mengenengahkan pemakaian tradisional Malaysia. Jujur diingatkan bahawa baju kurung ini sesuai digayakan samada formal atau kasual. Tambahan dengan rekaan kontemporari moden kini, ia lebih sesuai digayakan ke mana sahaja.
Bagi saya yang kerap menghadiri acara formal, jika diberi pilihan untuk memakai suit blazer atau baju kurung, saya pasti memilih baju kurung. Bukan sahaja kerana keselesaan baju kurung itu sendiri, tapi kerana identiti yang dibawa bersama atau ditonjolkan menerusi pemakaian baju kurung.
ainaa-7
Molto carino!!! This blonde cutie is so manja. She hugged and kissed me the first time we met, asked me to bersila with her some more, so manja! And believe what, she was left with me for half an hour while her mother went jalan-jalan and makan-makan. Selamba je mak dia
Ini merupakan hari pertama saya mengenakan baju kurung bagi tugas di Milan. Mengejutkan apabila kanak-kanak ini datang dan memeluk saya lantas meminta saya untuk duduk bersama beliau di atas jalan di laluan utama Ekspo ini. Ibunya dipetik berkata;
“You’re lovely in that dress and her eyes captured that from far”.
Saya sememangnya dikenali dengan watak yang kurang lebih sedikit kasar bagi seorang perempuan, jadi pemakaian baju kurung sedikit sebanyak membantu mengawal peribadi saya.
Umum tahu dan lihat bahawa pemakaian baju kurung sememangnya menonjolkan kesopanan dan kemanisan adab si pemakai.
ainaa-10
Jangan malu untuk menyarungkan busana tradisional baju kurung, lebih-lebih lagi jika di luar negara terutamanya baju batik/sutera lukis Malaysia. Itulah satu-satunya cara langsung untuk menonjolkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia. Bak kata pepatah “Dari mata turun ke hati”.
Untuk makluman, beberapa pengunjung tertarik untuk mendapatkan baju kurung yang boleh dibuat kenangan dalam koleksi mereka. Saya berkesempatan pulang ke Malaysia ketika hari raya yang lalu, dan turut membawa bersama 3 pasang baju kurung kepada pengunjung yang bertukar contacts bersama saya, yang benar-benar ingin mendapatkan baju kurung sebagai koleksi.
Jadi jika mereka benar-benar menghargai busana tradisional kita, mengapa harus kita berasa malu untuk mengenengahkan tradisi kita sendiri?
ainaa-11b
Beberapa aktiviti turut diadakan di Pavilion Malaysia ini, seperti tarian tradisional dan dikir barat. Saya turut menyertai dikir barat yang diadakan, dan dengan memakai baju kurung, benar-benar merasakan bahawa pakaian ini sangat sesuai untuk ditonjolkan tambahan lagi dengan persembahan yang dibuat.
S: Nampaknya masa melawat stadium real madrid pun Cik Ainaa berbaju kurung. Boleh kongsikan sedikit tentang lawatan ini?
J: Ketika ini, saya adalah dalam rangka lawatan rasmi YB Menteri ke Madrid. Saya tidak terlibat dalam mesyuarat yang dihadiri oleh YB Menteri, namun ketika 2 hari di Madrid, saya memang memakai baju kurung sekalipun ketika lawatan ke Stadium Bernabeu.
ainaa-11
Kami pusing satu stadium bermula dari bilik persalinan, stadium, ruang pameran hingga ke kedai jualan. Dan tiada masalah sepanjang berbaju kurung kerana saya sudah biasa.
Dan nampaknya bukan orang-orang Milan saja yang sukakan baju kurung Cik Ainaa. Kanak-kanak pun sukakan beliau tak kira sama ada sewaktu beliau berbaju kurung atau sebaliknya. Buktinya lihat saja yang ini. Hehe.
ainaa-9
One miraculously sweet moment which turned to a regretful moment. Haha, sorry cutie! A girl came and asked me to dukung. So I did, and later she did not want to turun.
The mommy and daddy were stuck to get her down. Nevertheless we succeed, after half an hour. Half an hour carrying a kid of this size during summer, iIm dying.
Kepada Cik Ainaa, terima kasih atas perkongsian ini. Juga terima kasih kerana memperkenalkan baju kurung kepada orang-orang di Milan. Nampaknya benarlah bagai di kata – baju kurung tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kekal sopan dan terkurung ayu si gadis yang memakai hingga menambat hati sesiapa yang memandang. Syabas Cik Ainaa!

Related Posts: