Remaja Gelar Diri Anonymous Malaysia Ugut Mahu Bom KL Berjaya Ditangkap

Remaja Gelar Diri Anonymous Malaysia Ugut Mahu Bom KL Berjaya Ditangkap


Tiga remaja yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymous Malaysia yang telah memuatnaik video klip provokasi di laman Youtube bertajuk ‘We Will Blast Malaysia‘.

Video berkenaan menunjukkan gambar dan video kejadian letupan di Thailand dan kemudiannya keluar tulisan "Malaysian, are you ready" sambil memaparkan gambar peserta bersih yang berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun tidak sampai 24 jam dimuatnaik beberapa serbuan telah dilakukan di Johor Bahru lewat malam jumaat semalam dan turut disebarkan di media sosial sempena perhimpunan haram Bersih 4.0.

Menurut laporan portal Agenda Daily, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan penahanan berkenaan berkata, semua mereka berusia 18 hingga 21 tahun.

Saspek telah dikesan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman selepas mereka telah mengancam mahu menggodam sistem komputer dan laman web agensi kerajaan Malaysia pada lewat Khamis.

Dengan serbuan tersebut pihak polis berjaya merampas beberapa barang peribadi milik mereka untuk membantu siasatan.

Semua mereka kini ditahan mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, PDRM memandang serius akan perkara ini kerana ia melibatkan hal keselamatan negara.

“Kami tidak akan berkompromi dengan segala bentuk ancaman yang dilakukan pihak tertentu untuk menggugat keselamatan dan ketenteraman negara ini.

“Ia satu ancaman yang kita tidak pernah pandang remeh dan akan bertindak serta mengenal pasti pihak berkenaan.

Kami sedang siasat ancaman itu dan pihak yang melakukan ancaman. Kita sudah melakukannya,” katanya.

Related Posts:

0 Response to "Remaja Gelar Diri Anonymous Malaysia Ugut Mahu Bom KL Berjaya Ditangkap"

Post a Comment