selamat jalan sayang .syg akan jaga anak kita sebaik mungkin. suami maut selepas bertarung nyawa dilanggar pemandu mabuk.lihat 6 foto seterusnya


Sayu : Selamat jalan sayang .. suami maut selepas bertarung nyawa dilanggar pemandu mabuk (10Gambar)

https://1.bp.blogspot.com/-CNmdG6U-t9s/VzQGbb5bVII/AAAAAAAAtzk/mauw13u_3eo3cpEeSXeUL-Q2whFClWR3gCLcB/s1600/NIK%2BFAZLIN%2BBIN%2BNIK%2BHIM%2B%2B12.jpg

BACHOK : Lebih sebulan lalu, sepasang suami isteri muda menyambut berita gembira kelahiran bayi pertama hasil perkahwinan mereka, namun awal malam kelmarin, si suami disahkan meninggal dunia selepas tiga hari koma akibat dirempuh sebuah kereta Perodua Kelisa, pagi Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Nik Fazlin Nik Him, 19, baru selesai memasang khemah dan berbual dengan rakannya di atas motosikal sebelum dilanggar Perodua Kelisa yang didakwa dipandu seorang lelaki mabuk.

Kakak Allahyarham, Nik Fazila Nik Him, 27, berkata, sebelum adiknya keluar bekerja malam kejadian, dia tidak sempat menjamah hidangan makan malam walaupun sudah dipelawa.

Dia kata tak sempat sebab nak pergi kerja, masa tu sudah pukul 8.30 malam. Memang dua tiga hari ini dia nampak agak pendiam sedangkan biasanya dia banyak cakap.

https://2.bp.blogspot.com/-QxZei48hgLc/VzQJ1G5FU1I/AAAAAAAAtzw/nnDSwM4hD-4lMtT36lUgktiZKSEjL0e6QCLcB/s1600/NIK%2BFAZLIN%2BBIN%2BNIK%2BHIM%2B10.jpg

https://3.bp.blogspot.com/-k2K2tNskFnQ/VzQJ4HoL0sI/AAAAAAAAtz4/s2SztItuJ8MGtRNcLuAhqqJVeGv2ITDugCLcB/s1600/NIK%2BFAZLIN%2BBIN%2BNIK%2BHIM%2B3.jpg

https://3.bp.blogspot.com/-_aOiuxGxxi8/VzQJ49SERFI/AAAAAAAAtz8/0ZG9ueakpK0VWfnSd56lGTMJc3fnAJ4bgCLcB/s1600/NIK%2BFAZLIN%2BBIN%2BNIK%2BHIM%2B%2B7.jpg

https://4.bp.blogspot.com/-RYyd9lQlnTw/VzQJ7b_6_AI/AAAAAAAAt0E/iqbrFO2ORWY-gPx0gW189zWbAbFLdo75wCLcB/s1600/NIK%2BFAZLIN%2BBIN%2BNIK%2BHIM%2B5.jpg

https://2.bp.blogspot.com/-fHNDqws_uuM/VzQJ-b4S3rI/AAAAAAAAt0I/o81N6LbKKmUJ95jvuRn2_RmnCbPEffXMACLcB/s1600/NIK%2BFAZLIN%2BBIN%2BNIK%2BHIM.jpg

https://3.bp.blogspot.com/-dSjThxh_NVA/VzQKDtF5VkI/AAAAAAAAt0Q/QwQsocwnCuwGQV-xuPZXdjh6hc5_mv-RgCLcB/s1600/NIK%2BFAZLIN%2BBIN%2BNIK%2BHIM%2B1.jpg

https://2.bp.blogspot.com/-KVd8gM8tgdw/VzQMEW3teRI/AAAAAAAAt0g/SnafoIEAi_ARQLHzV2-SMz63DNsfnrOwgCLcB/s1600/NIK%2BFAZLIN%2BBIN%2BNIK%2BHIM%2B6.jpg

Saya terkejut dapat berita kejadian pukul 2.15 pagi selepas dimaklumkan rakannya. Dia dilanggar sehingga melambung, terus tak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital.

“Keesokan harinya dia menjalani pembedahan kepala. Namun kehendak ALLAH SWT, dia kembali ke rahmatullah pada awal malam kelmarin, katanya semalam.

Jenazah Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan Kampung Panjang pada jam 11 pagi semalam.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nurul Afifah Adila Mokhtar, 17, dan seorang anak, Nik Nur Aira Adira, sebulan lebih.

Nik Fazila berkata, Allahyarham anak kelima daripada 10 beradik dikatakan sudah bekerja di butik pengantin lebih setahun lalu.

Kami memang tinggal bersama keluarga di sini dan petang sebelum kejadian, adik saya sempat bermain congkak dengan isterinya. Rupanya itu kali terakhir mereka meluangkan masa bersama.
Kami reda dengan takdir ini dan kami semua akan menjaga anak kecil Allahyarham dengan penuh kasih sayang, katanya.-SINAR

Related Posts:

0 Response to "selamat jalan sayang .syg akan jaga anak kita sebaik mungkin. suami maut selepas bertarung nyawa dilanggar pemandu mabuk.lihat 6 foto seterusnya"

Post a Comment