Didalam sebuah perkahwinan, kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan amat penting dalam menjaga keharmonian rumahtangga. Janganlah disebabkan alasan berjauhan, seorang suami atau isteri bebas bermain cinta dengan orang lain tanpa memikirkan masa depan rumahtangga yang telah dibina.
Wanita ini baru 2 tahun berkahwin dan sekarang mempunyai anak berusia satu bulan. Sedang diri gigih bersengkang mata menjaga bayi kecil, suami di Melaka rupanya sedang enak bermain cinta dengan orang lain. Hmmm
Baru 2 tahun kahwin dan ada bayi kecil umur sebulan
Usia perkahwinan saya baru 2 tahun dan saya baru dikurniakan seorang baby boy berusia sebulan. Dalam sibuk saya berpantang, suami saya main kayu 3 dengan perempuan lain. Betapa hancur luluh hati saya. Saya tahu dah lama diorang berhubung. Suami salahkan saya tak jaga makan minum dia sebab dia curang. Kami pjj. Dia di Melaka dan saya di Kuala Lumpur.
Dia salahkan saya sebab tak selalu mesej
Kami berjumpa hujung minggu je. Semasa pantang, saya sibuk uruskan anak seorang diri. Dia boleh salahkan saya sebab tak selalu mesej dia sedangkan nak makan pon saya tak sempat sebab uruskan anak. Dia tak hargai langsung 20jam saya bertarung nyawa nak bagi dia zuriat, sakit perut kena belah sampai sekarang masih terasa bisa. Kantoi mesej pon sebab saya terbaca mesej di hp dia. Sekarang saya dalam dilema nak maafkan dia atau tak memandangkan anak masih kecik.sumber: KRT
0 Response to "Hancur Luluh Hati Saya- Isteri Bertarung Nyawa Dalam Berpantang, Bila Tertengok Gambar2 Perbualan Wasup Suami Sendiri Rupa - Rupanya.."
Post a Comment