ELLY MAZLEIN DAH HILANG SABAR DEDAH PERANGAI SEBENAR BEKAS SUAMINYA


Elly Mazlein yang baru sahaja bergelar ibu dan masih jelita dan bersuara lunak sebelum ini tidak mahu mendedahkan punca perceraian beliau dengan bekas suaminya Azmi Hatta. Penceraiannya yang menjadi buah mulut peminatnya kerana berlaku ketika beliau sedang mengandung.
Tetapi, saban hari dan lama kelamaan Elly sering dihujani dengan pelbagai gosip sehingga ada yang menyangka sebenarnya Elly sendiri menjadi penyebab utama runtuhnya rumah tangganya.

Terbaru, timbul pula fitnah yang kononnya punca Elly diceraikan adalah kerana beliau didapati curang bersama lelaki lain.
elly%2Bmazlein.jpg
Tampil untuk menjelaskan fitnah tersebut Elly berkata :-
Saya mengelakkan publisiti yang tidak mendatangkan manfaat kerana mahu menjaga aib diri dan bekas suami. Bagaimanapun semakin saya berdiam diri, semakin banyak cerita yang tidak betul sampai ke telinga saya. Lebih-lebih lagi selepas saya membuat kemunculan semula dalam industri hiburan.
Baru-baru ini saya dapat tahu tersebar fitnah yang kononnya bekas suami menceraikan saya kerana dia tangkap saya dengan lelaki lain sewaktu saya menjalani penggambaran untuk sebuah drama di Pulau Langkawi.
Teringin juga saya nak tahu siapakah lelaki yang ditangkap bersama-sama saya itu? Sedangkan ketika itu, bekas suami datang membuat kejutan di hotel penginapan ketika saya sedang menjalani penggambaran selama sebulan di pulau berkenaan.
Elly Mazlein membuat pengakuan bahawa memang beliau yang ingin bercerai kerana sedar rumah tangga mereka tidak mampu lagi diselamatkani selain itu pasangan ini selalu bertengkar.
elly%2Bdan%2Bex%2Bsuami.jpg
Elly turut mendedahkan selepas mereka bercerai, Azmi langsung tak bertanyakan khabar beliau dan anak didalam kandungan sedangkan Azmi berjanji untuk menjaga beliau sehingga habis tempoh berpantang.
Azmi juga bertindak untuk meninggalkan Elly bersendirian dan anaknya yang baru sahaja lahir yang pada waktu itu terkena demam kuning.
Sepanjang perceraian saya, bekas suami langsung tidak bertanya khabar sehinggalah Sefhia lahir. Saya yang sedang sarat mengandung memandu sendirian ke hospital pada hari pemeriksaan kandungan.
Saya dimasukkan ke bilik bersalin pada 1 tengah hari sebelum melahirkan anak pada 6.35 petang. Saya ditempatkan ke wad dalam pukul 8 malam. Kira-kira pukul 10 malam, bekas suami sudah sibuk mahu pulang. Sedangkan sebelum itu, dia sudah berjanji untuk menjaga saya hingga selepas habis berpantang.
Saya merayu kepadanya untuk tidak meninggalkan saya (ketika itu) tetapi tidak dilayan. Lebih-lebih lagi selepas Sefhia terkena demam kuning.
Walaubagaimanapun, Elly sedikit pun tidak menyimpan rasa dendam ataupun marah tetapi beliau agak terkilan dengan perubahan sikap Azmi ketika itu.
elly%2Bdan%2Bsuami.jpg
Elly pada masa yang sama memberitahu beliau sudah halalkan wang hantaran bernilaiRM 11,111,11yang sehingga kini tidak diserahkan oleh Azmi kepada beliau.
Saya tak marah. Itu adalah perkara yang harus saya telan. Cuma saya tidak sangka dia boleh jadi (bertukar sikap) macam itu. Selama ini saya tidak pernah berkira. Tak sangka saya dibalas sebegitu rupa. Kalau saya berkira, saya akan ungkit tentang wang hantaran (berjumlah RM11,111,11) yang belum lagi saya dapat sampai ke hari ini. Tak apa saya halalkan semua itu.
elly%2Bmazlein%2Bdan%2Banak.jpg
Elly harap tiada lagi pihak yang memburukkan beliau dan bercerita tentang perkara tidak benar mengenai penceraiannya. Buat masa ini beliau tidak akan mengambil tindakan undang-undang tetapi akan melakukan perkara itu jika ia sudah melampaui batas.
Sumber Berita : Utusan Online

Related Posts:

0 Response to "ELLY MAZLEIN DAH HILANG SABAR DEDAH PERANGAI SEBENAR BEKAS SUAMINYA"

Post a Comment