Foto tubuh badan Chacha Maembong yang semakin gempal, enggan paksa diri kuruskan badan

Biarpun dikatakan sedikit berisi di kaca televisyen, Chacha Maembong, 20, enggan memaksa diri menguruskan badan dalam tempoh singkat.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail berkata, beliau perlu menurunkan berat secara berperingkat kerana menghadapi penyakit ulser perut. 

Pelakon muda ini tidak rela diet kurang sihat yang diamalkan memberi impak terhadap kesihatannya. 

"Berat badan saya senang turun dan naik. Oleh itu, saya tidak tertekan untuk melangsingkan badan secepat mungkin. 

"Malah, saya menghadapi masalah ulser di dalam perut dan belum berkesempatan untuk menjalani pembedahan kerana terikat dengan jadual kerja. Buat masa ini, saya mengikut saranan dan makan ubat yang diberikan doktor. 

"Lagipun, saya tidak mahu mengamalkan diet yang memberikan perubahan drastik sehingga memberi kesan kepada tubuh. Malah, saya selesa dengan bentuk tubuh sekarang ini," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis tayangan filem Ola Bola di Pavilion, malam tadi. 


Dalam perkembangan terbaharu, adik kepada pelakon Emma Maembong itu bakal terbang ke Kashmir, India, bagi menjalani penggambaran sebuah filem. 

Bagaimanapun beliau tidak boleh berkongsi maklumat lanjut mengenai projek terbabit kerana terikat dengan kontrak. 

"Saya bakal terbang ke Kashmir selama 20 hari bagi menjalani penggambaran sebuah filem kerjasama produksi tempatan dan luar. 

"Namun, saya diminta untuk tidak bercerita lanjut mengenai filem itu. Apa yang dapat saya kongsi, ia sebuah filem aksi," kata Chacha yang mengaku kurang pasti mengenai pelakon lain yang terbabit dalam projek berkenaan.

Sumber: Berita Harian


Related Posts:

0 Response to "Foto tubuh badan Chacha Maembong yang semakin gempal, enggan paksa diri kuruskan badan"

Post a Comment