JANGAN SALAHKAN KERAJAAN NAIKKAN HARGA MINYAK : NAJIB RAZAK



KUALA LUMPUR  - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, bahawa kenaikan harga barangan dan petrol merupakan satu fenomena global di mana tiada satu negara pun terlepas daripada kesan kenaikan itu.


Malah kata Perdana Menteri, ada setengah negara seperti Iran di mana harga minyak naik sampai mencecah 200 peratus manakala di China harga gandum turut meningkat.

Katanya, kebanyakan kenaikan berlaku pada bulan Oktober tahun lepas dan berlanjutan sehingga sekarang.

Najib berkata, dalam pertemuannya dengan Menteri Perdagangan dan Industri India, Anand Sharma hari ini, menteri berkenaan memberitahu bahawa negara itu turut menghadapi tekanan harga makanan yang sudah melambung.

"(Jadi) saya nak beritahu ini (kenaikan) bukan kerana (kerajaan) BN... ini merupakan fenomena global... jadi tak boleh kita persalahkan (kerajaan),” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenaikan harga barangan dan petrol yang semakin meningkat. - Bernama

Related Posts:

0 Response to "JANGAN SALAHKAN KERAJAAN NAIKKAN HARGA MINYAK : NAJIB RAZAK"

Post a Comment