Tahukah Anda : Tanggungjawab Suami dan Isteri
Perkahwinan merupakan permulaan kepada berbagai-bagai tanggungjawab tambahan.
Sebelum anda dan pasangan diijabkabul, anda terlebih dahulu dinasihatkan untuk memahami secara terperinci mengenai tanggungjawab yang bakal anda dan pasangan pikul di dalam sesebuah institusi perkahwinan. Oleh itu, kami pihak Ikahwin akan memudahkan pemahaman dan pencarian anda untuk mengetahui tanggungjawab yang bakal dipikul oleh suami dan juga para isteri. Jom
Suami adalah ketua keluarga. Antara tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami terhadap isterinya adalah:
1. Wajib memberi nafkah kepada isteri
2. Membayar mas kahwin
3. Melayan isteri dengan penuh kasih mesra dan sayang
4. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada isteri
5. Memberi layanan yang baik samada dari segi tingkah laku dan perbuatan.
6. Memenuhi nafkah zahir dan batin
7. Menjaga dan memberi perlindungan kepada isteri
8. Berlaku adil kepada semua isteri jika berpoligami
Isteri juga mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang isteri. Antaranya ialah:
1. Mentaati dan menjaga maruah suami
2. Memenuhi kehendak suami pada bila-bila masa jika ingin menyetubuhinya selagi dibenarkan oleh syara'.
3. Menjaga maruah diri sewaktu di hadapan suami ataupun semasa ketiadaan suami
4. Membelanjakan harta suami dengan jalan yang baik
5. Tidak keluar rumah tanpa keizinan suami
6. Tidak menceritakan kelemahan suami kepada umum
7. Menghormati dan memberi taat setia kepada suami sebagai ketua keluarga.
Suami dan isteri juga mempunyai tanggungjawab bersama yang perlu dilaksanakan. Antaranya ialah:
1. Memberi didikan yang terbaik kepada anak-anak
2. Bertindak sebagai tempat bergantung anak-anak
3. Saling menjaga kerukunan rumah tangga dan mengekalkan ikatan kasih sayang antara ahli keluarga.
Itu antara serba sedikit tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh suami dan isteri sepanjang melangsungkan hidup bersama. Apa yang penting ialah wujudnya sifat kasih sayang dan bertolak ansur serta melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh istiqamah dan berterusan. InsyaAllah, keluarga yang dibina akan bahagia dan segala masalah dapat ditangani dengan tenang dan penuh berhikmah.
Kami dari pihak Ikahwin berharap dengan perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk anda memahami tanggungjawab yang bakal digalas apabila bergelar suami dan juga isteri. Semoga perkahwinan yang dibina mendapat keredhaan dariNya. Amin..
(Rujukan : Ustaz Abd. Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali. 1997. Pengantar Fiqh. Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.)
0 Response to "Tahukah Anda : Tanggungjawab Suami dan Isteri"
Post a Comment