TERHARU DAN TAKUT.


Kuala Lumpur: Penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, 28, terharu dan €˜'takut' apabila diberi peluang oleh Mojo untuk menyanyikan lagu Romancinta di malam kemuncak Anugerah Juara Lagi ke-29 (AJL29) di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Azmi berkata, dia bagaimanapun lega apabila banyak dibantu anggota Mojo.

"Menyanyi di AJL pastinya berbeza kerana sebelum ini saya hanya menyanyi di jalanan saja. Biasanya saya tahu siapa penonton saya, tetapi di AJL saya tidak tahu berapa ramai yang menonton. Saya cuma mendengar penonton menjerit-jerit.


"Saya hanya tahu penonton sukakan persembahan kami selepas diberitahu Edry sebaik persembahan tamat," katanya yang sudah setahun '€˜busking'€™ di sekitar Kuala Lumpur.

Azmi berkata, dia memang minat menyanyi dan '€˜buskingâ€' sejak dulu.

"€œSaya memang suka menyanyi. Suara saya ini anugerah Tuhan," katanya.

Ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim berkata, dia mendapat idea untuk menampilkan Caliph Buskers selepas menyaksikan persembahan kumpulan pemuzik Orang Kurang Upaya (OKU) itu di depan pusat beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, baru-baru ini.

"€œSaya jatuh hati selepas menonton persembahan mereka ketika mendendangkan lagu Romancinta dengan baik ketika itu,"€ katanya.

Percaturan Edry menampilkan Caliph Buskers yang semua ahlinya cacat penglihatan itu menjadi kerana persembahan mereka bukan saja mendapat tepuk sorak gemuruh oleh barisan juri serta lebih 15,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil sekali gus diangkat sebagai pemenang Persembahan Terbaik.




Related Posts:

0 Response to "TERHARU DAN TAKUT."

Post a Comment