Cara Untuk Mengetahui Phone Original Atau Palsu

Kes penipuan barangan elektronik sekarang ini semakin menjadi-jadi sehinggakan kebanyakan phone yang baru dikeluarkan diciplak & diklonkan. Terdapat juga penjual menipu pembeli dengan menjual phone original walhal adalah klon/palsu. Malah kebanyakan phone klon 100% menyerupai dengan yang original dari luaran. 




Tips macam mana nak check atau tentukan sama ada handphone original, cap ayam atau klon. Check it out :

Okay ikut langkah langkah seperti di bawah nih :

1. Taip *#06#

2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)

3. Semak no IMEI anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473

4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******

5. Untuk semak sama ada phone korang ori atau tidak, check kod di bawah.


•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY

•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY

•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD

•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY

•13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH



PERHATIAN !! MAKLUMAT INI TIDAK TEPAT 100%. OLEH SEBAB TERLALU BANYAK TELEFON BIMBIT DI PASARAN SEKARANG YANG TIDAK DIKETAHUI ASAL-USULNYA, MUNGKIN TERDAPAT BEBERAPA NOMBOR YANG TIDAK DAPAT DISENARAIKAN.


Related Posts:

Amanat Akhir Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat "Demi Agama Islam"

 “AYAH nak walaupun dia tutup mata, hudud kena buat juga di Kelantan,” kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

..... itulah antara amanat terakhir yang disampaikan Allahyarham kepada anak sulungnya sebelum beliau meninggal dunia Khamis lalu. 




Anakanda kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh Nik Mat menceritakan tentang amanat ayahandanya itu. Menurutnya, Nik Abdul Aziz juga sentiasa berpesan supaya menjaga hubungan silaturrahim antara keluarga, menjaga solat dan supaya kekal sebagai 'keluarga agama'. Katanya lagi, pesanan tersebut bukan sahaja ditujukan untuk keluarganya malah kepada seluruh masyarakat.

Related Posts:

Faktor Berlaku Kes Curi Kereta & Kenderaan Yang Kerap Dicuri Di Malaysia

Faktor Berlaku Kes Curi Kereta & Kenderaan Yang Kerap Dicuri Di Malaysia
Beberapa kaedah yang digunakan oleh pencuri untuk mencuri kenderaan bermotor termasuklah:
·         Kecurian kenderaan yang tidak diawasi tanpa kunci: Kenderaan yang diparkir dicuri sama ada dengan memecah masukkenderaan diikuti dengan pendawaian panas (memintas pendawaian suis penghidup) untuk menghidupkan enjin, ataupun dengan menunda kenderaan tersebut.
·         Kecurian dengan capaian kunci: Juga dikenali sebagai "Diambil Tanpa Kebenaran Pemilik". Penggunaan kenderaan yang tidak dibenarkan di mana pemilik membenarkan pemandu menyimpan kunci. Biasanya kes ini melibatkan anak atau pekerja kepada pemilik kenderaan yang mana, dalam beberapa keadaan, dibenarkan untuk menggunakan kenderaan.
·         Kecurian oportunis: Kecurian kenderaan yang pemiliknya meninggalkan kunci pada kenderaan tanpa pengawasan, ada kalanya dengan enjin masih lagi hidup.
·         Rampasan kereta: Merujuk kepada pengambilan kenderaan dengan menggunakan kekerasan atau paksaan terhadap pemandu atau pemiliknya. Di kebanyakan tempat, ia merupakan satu bentuk jenayah berat kerana melibatkan serangan. Dalam beberapa rampasan kereta, pemandu dan penumpangnya dipaksa keluar dari kenderaan sementara pencuri itu memandunya sendiri ke tempat lain, sementara dalam insiden lain pula pemandu serta penumpang dipaksa tinggal di dalam kenderaan sebagai tebusan. Dalam beberapa kes curi kenderaan yang jarang berlaku pula, pemandu dipaksa memandu ke tempat yang diarahkan oleh penyerang. Kaedah ini digunakan apabila penyerang tidah tahu mengendalikan kenderaan pilihan (seperti helikopter atau kapal terbang).

·         Kecurian penyelewengan: Pemilikan kenderaan haram daripada pemandu melalui pemindahan wang palsu yang mana penjualnya tidak akan memperolehinya (seperti kecurian identiti ataupun penggunaan cek tak laku). Kebanyakan kenderaan yang dicuri menggunakan kaedah ini dijual seberapa segera.

Kenderaan Yang Paling Banyak Dicuri Di Malaysia
Buatan serta model kenderaan yang paling banyak dicuri bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah kawasan serta semudah mana ia dicuri. Di Amerika Syarikat misalnya, kereta yang paling banyak dicuri ialah Honda Accord, Honda Civic dan Toyota Camry.[1]
Di Malaysia, negeri Selangor merekodkan kes curi kenderaan tertinggi, diikuti Kuala Lumpur dan Johor. Sejak tahun 2005, model-modelProton merupakan model kenderaan yang paling banyak dicuri, dengan Proton Wira mencatatkan kes kecurian tertinggi, diikuti Proton Satria, Proton Waja, Proton Perdana dan yang terbaru Perodua Myvi. Kecurian paling tinggi direkodkan adalah kenderaan yang telah diubahsuai enjin dan yang menggunakan alat ganti serta aksesori dari negara Jepun[2].





Pencegahan
Terdapat beberapa kaedah pencegahan bagi mengurangkan kecenderungan berlakunya kecurian kenderaan. Antaranya termasuklah halangan fizikal, yang menjadikan cubaan mencuri lebih sukar. Antaranya termasuklah:
·         Menggunakan peranti yang mengunci bahagian kenderaan yang diperlukan untuk mengendalikannya, seperti rodastereng atau injak brek.
·         Memasang pelumpuh yang hanya membenarkan kenderaan dihidupkan apabila kunci dengan cip yang betul berada dalam slot kunci penyalaan.
·         Jangan Terlalu Bercerita Tentang Spesifikasi Kenderaan Anda Kepada Pihak Umum Yang Tidak Dikenali Atau Baru Dikenali Seperti Meletakkan Gambar Kenderaan Anda Luar Dan Dalam Serta Spesifikasi Kenderaan Anda Di Dalam Facebook
Peluang berlaku kecurian juga boleh dikurangkan dengan menggunakan pelbagai alat pencegah, yang merupaya memberi impresi kepada pencuri bahawa dia akan ditangkap dengan mudah sekiranya kenderaan dicuri, antaranya termasuklah:
·         Sistem penggera kereta yang diaktifkan apabila kenderaan dipecah masuk
·         Memasang suis pemati enjin untuk menyusahkan pencuri untuk menghidupkan enjin. Suis tersebut boleh dipasang di bahagian penting sistem penyalaan ataupun sistem bahan api. Kereta tidak boleh dihidupkan selagi suis pemati enjin tersebut belum dihidupkan. Ada juga pemilik kenderaan yang menyembunyikan suis pemati enjin di kawasan tersembunyi seperti di bawah papan pemuka, di bawah kerusi, dsb.
·         Menggores nombor siri kenderaan (VIN) pada cermin kereta.
·         Memasang penjejak GPS samaada yang dijual khas atau telefon bimbit yang telah diubah suai untuk menjejak kedudukan kereta yang dicuri atau lupa diletakkan di mana.

Related Posts:

RESEPI PISANG GORENG CHEESE BERCOKLAT

RESEPI PISANG GORENG CHEESE BERCOKLAT !!! Pisang goreng cheese sudah semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Mungkin sudah jemu makan pisang goreng biasa, bila pisang goreng cheese ni mucul, agak dapat sambutan yang hangat. Kita boleh beli kat kedai makan untuk merasai keenakkan pisang goreng cheese. Atau untuk jimat, kita boleh buat pisang goreng cheese ini di rumah sahaja. Hal ini kerana, bukan susah untuk menyediakan pisang goreng cheese yang sedap. 

Kalau buat di rumah, kita boleh makan sebanyak mana yang kita mahu dan juga kos pun jimat. Oleh itu, jom kita baca resepi pisang goreng cheese yang mudah dan sedap dibawah ini. Seterusnya bolehlah masak kat rumah masaing-masing.

RESEPI MUDAH PISANG GORENG CHEESE BERCOKLAT
1) Bahan-Bahan Untuk Pisang Goreng Cheese
1 biji pisang Tanduk (dipotong mengikut citarasa masing2)
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
Sebiji telur
Satu sudu butter
Secubit garam
Perwarna kuning@serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya untuk mengoreng

2) Bahan-Bahan Untuk Topping 
Keju chesse (diparut)
Satu sudu kecil susu pekat manis
Satu sudu kecil butter
Chocolate yang telah dicairkan

3) Cara-Cara 
1. Tepung gandum dan tepung beras, dicampur dalam satu bekas bubuh air dan telur serta perwarna kuning.
2. Masukkan sesudu butter di dalam bancuhan tepung tadi serta sedikit garam. 
3. Masukkan pisang ke dalam bancuhan tepung, dan goreng seperti biasa, serta toskan (deep fry). 
4. Di dalam kuali yang lain bubuh sedikit butter, masukkan sedikit saja keju yang telah diparut, masukkan pisang berserta sedikit susu pekat manis.
5. Siap untuk dihidang dengan ditabur parutan keju dan chocolate yang telah dicair di atas pisang goreng 


Related Posts:

Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital dilaporkan membuat hubungan seks dengan puluhan mayat wanita kerana sukar untuk mendapatkan kekasih.

Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital dilaporkan membuat hubungan seks dengan puluhan mayat wanita kerana sukar untuk mendapatkan kekasih. 



Lelaki itu, Sharkur Lucas mendakwa perbuatan berkenaan sebahagian daripada latihan biasa di tempat kerjanya. Menurut Lucas, dia sukar untuk mendapatkan teman wanita kerana pekerjaannya menakutkan mereka. “Saya mahu berkahwin, tetapi ramai gadis tidak sudi berkahwin dengan saya kerana saya bekerja di rumah mayat, “ katanya. Dia dikatakan memuaskan nafsunya di rumah mayat tersebut. Lucas menjelaskan bahawa dia diminta tidur dengan mayat wanita oleh penyelianya kerana ia sebahagian latihan di tempat kerja. "Saya diarah untuk tidur dengan mayat kerana ia adalah satu bentuk latihan sekiranya anda bekerja di rumah mayat," katanya. Difahamkan, latihan ini dijadikan wajib kerana selepas seseorang tidur dengan mayat maka mereka tidak akan takut dengan mayat lagi. Lucas juga telah dipecat oleh majikannya dan dia kini diburu pihak polis. - GHANA

Related Posts:

Ujian Dara Untuk Pelajar- Pelajar Sekolah Tinggi

Melalui satu undang-undang yang baru, pelajar-pelajar di sini yang bakal menamatkan persekolahan tinggi perlu menjalani ujian kedaraan. 





Tujuan undang-undang ini diperkenalkan oleh pihak berkuasa di bandar raya di Timur Jawa ini adalah untuk mencegah pelajar sekolah tinggi daripada mengadakan hubungan intim sebelum berkahwin. Walau bagaimanapun, ujian ini hanya perlu dijalani oleh pelajar perempuan dan bukan pelajar lelaki.  Indonesia dikenali untuk ujian-ujian sebegini di mana pada tahun 2013 pasukan tentera mereka telah mengakui bahawa ianya wajib untuk wanita yang ingin menyertai pasukan tentera atau polis untuk menjalani satu ujian kedaraan. Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata bahawa ujian ini adalah memalukan dan kejam. Timbalan Pengarah HRW Asia, Phelim Kine berkata ''Presiden Joko Widodo harus menghantar pesanan yang kuat dan jelas yang melarang kerajaan tempatan, tentera Indonesia, polis dan perkhidmatan awam untuk menjalankan ujian kedaraan. Pihak berkuasa yang melakukan demikian harus dihukum dan memastikan hak wanita sentiasa dilindungi'' 


Related Posts:

Comelnya Dato Siti jadi Ketua Pengawas!! Datuk K pula Guru Disiplin !!

Demi Peminat Dato Siti Jadi Ketua 

Pengawas, Datuk K Pula Sebagai 

Guru Disiplin 



Kelab peminat penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza, Sitizone telah menyambut majlis ulang tahun ke- 11 penubuhan kelab tersebut baru-baru ini.

Dato’ Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti juga turut hadir memeriahkan lagi acara itu.

Apa yang menarik perhatian ialah majlis yang bertemakan ‘Back To School’ itu 
menampilkan Dato’ Siti sebagai Ketua Pengawas yang comel manakala suaminya Datuk 
Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) pula digelar cikgu disiplin.

Dato’ Siti tampil dengan berpakaian serba biru lengkap dengan tanda nama dan lencana  seperti Ketua Pengawas Sekolah.

Rata-rata peminat terpegun dengan kecomelan penyanyi kesayangan mereka malah Tok Ti juga cukup ‘spoting’ melayan karenah peminatnya. 

sumber/kredit  by astrogempak




Related Posts: