Ujian Dara Untuk Pelajar- Pelajar Sekolah Tinggi

Melalui satu undang-undang yang baru, pelajar-pelajar di sini yang bakal menamatkan persekolahan tinggi perlu menjalani ujian kedaraan. 





Tujuan undang-undang ini diperkenalkan oleh pihak berkuasa di bandar raya di Timur Jawa ini adalah untuk mencegah pelajar sekolah tinggi daripada mengadakan hubungan intim sebelum berkahwin. Walau bagaimanapun, ujian ini hanya perlu dijalani oleh pelajar perempuan dan bukan pelajar lelaki.  Indonesia dikenali untuk ujian-ujian sebegini di mana pada tahun 2013 pasukan tentera mereka telah mengakui bahawa ianya wajib untuk wanita yang ingin menyertai pasukan tentera atau polis untuk menjalani satu ujian kedaraan. Pemerhati Hak Asasi Manusia berkata bahawa ujian ini adalah memalukan dan kejam. Timbalan Pengarah HRW Asia, Phelim Kine berkata ''Presiden Joko Widodo harus menghantar pesanan yang kuat dan jelas yang melarang kerajaan tempatan, tentera Indonesia, polis dan perkhidmatan awam untuk menjalankan ujian kedaraan. Pihak berkuasa yang melakukan demikian harus dihukum dan memastikan hak wanita sentiasa dilindungi'' 


Related Posts:

0 Response to "Ujian Dara Untuk Pelajar- Pelajar Sekolah Tinggi "

Post a Comment