Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital dilaporkan
membuat hubungan seks dengan puluhan mayat wanita kerana sukar untuk
mendapatkan kekasih.
Lelaki itu, Sharkur Lucas mendakwa perbuatan berkenaan
sebahagian daripada latihan biasa di tempat kerjanya. Menurut Lucas, dia sukar
untuk mendapatkan teman wanita kerana pekerjaannya menakutkan mereka. “Saya
mahu berkahwin, tetapi ramai gadis tidak sudi berkahwin dengan saya kerana saya
bekerja di rumah mayat, “ katanya. Dia dikatakan memuaskan nafsunya di rumah
mayat tersebut. Lucas menjelaskan bahawa dia diminta tidur dengan mayat wanita
oleh penyelianya kerana ia sebahagian latihan di tempat kerja. "Saya
diarah untuk tidur dengan mayat kerana ia adalah satu bentuk latihan sekiranya
anda bekerja di rumah mayat," katanya. Difahamkan, latihan ini dijadikan
wajib kerana selepas seseorang tidur dengan mayat maka mereka tidak akan takut
dengan mayat lagi. Lucas juga telah dipecat oleh majikannya dan dia kini diburu
pihak polis. - GHANA
0 Response to "Seorang pekerja di rumah mayat di sebuah hospital dilaporkan membuat hubungan seks dengan puluhan mayat wanita kerana sukar untuk mendapatkan kekasih."
Post a Comment