Comelnya Dato Siti jadi Ketua Pengawas!! Datuk K pula Guru Disiplin !!

Demi Peminat Dato Siti Jadi Ketua 

Pengawas, Datuk K Pula Sebagai 

Guru Disiplin 



Kelab peminat penyanyi nombor satu negara Dato’ Siti Nurhaliza, Sitizone telah menyambut majlis ulang tahun ke- 11 penubuhan kelab tersebut baru-baru ini.

Dato’ Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti juga turut hadir memeriahkan lagi acara itu.

Apa yang menarik perhatian ialah majlis yang bertemakan ‘Back To School’ itu 
menampilkan Dato’ Siti sebagai Ketua Pengawas yang comel manakala suaminya Datuk 
Khalid Mohd Jiwa (Datuk K) pula digelar cikgu disiplin.

Dato’ Siti tampil dengan berpakaian serba biru lengkap dengan tanda nama dan lencana  seperti Ketua Pengawas Sekolah.

Rata-rata peminat terpegun dengan kecomelan penyanyi kesayangan mereka malah Tok Ti juga cukup ‘spoting’ melayan karenah peminatnya. 

sumber/kredit  by astrogempak




Related Posts:

0 Response to "Comelnya Dato Siti jadi Ketua Pengawas!! Datuk K pula Guru Disiplin !!"

Post a comment