Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita. (HR Muslim dan Ahmad)
Rasulullah bersabda yang bermaksud : Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita. (HR Bukhari dan Muslim)
Rasulullah bersabda yang bermaksud : Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita. (HR Bukhari dan Muslim)
Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya. (HR Nasai)
Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syarie) maka haram baginya mencium wangi Syurga. (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )
Dalam hadis yang lain, Rasulullah menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda: dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian. (HR Muslim dan Ahmad)
Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : Mengapa (demikian) wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Kerana kekufuran mereka. Kemudian ditanya lagi : Apakah mereka kufur kepada Allah? Baginda menjawab : Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu. (HR Bukhari)
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam! Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : Mengapa demikian, wahai Rasulullah? Baginda menjawab : Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami. (H
Sumber: kekitamedianetwork
0 Response to "5 FOTO SEBENAR GADIS BERTUDUNG PAKAI SELUAR TERLAMPAU KETAT HINGGA JELAS KELIHATAN SESUATU"
Post a Comment