ALFATIHAH ANTARA SENARAI ARTIS TEMPATAN PALING POPULAR MENINGGAL DUNIA WAKTU USIA MASIH MUDA


a2
a4.jpg

Ramai artis/selebriti yang telah meninggal dunia di usia muda. Jom lihat senarai nama-nama mereka dan mari kita sertakan alfatihah untuk mereka semua…
a1.jpg


Yanie Mentor

Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah.
a2.jpg

Acik Spin

Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Serembang sdn. bhd, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.
a3.jpg

Din Beramboi

Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam Denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Datuk Sosilawati Lawiya

Sebelum umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47. Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat rekod jenayah baru apabila kematiannya dipercayai telah dibunuh oleh 7 suspek. Lebih tragis, pembunuhan ini turut melibatkan kakitangan Sosilawati yang setia berkhidmat untuknya. Hasil penyiasatan, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
a5.jpg

Valia Rahma

Pengacara dan artis kelahiran Jakarta Indonesia Valia Rahma telah meninggal dunia selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru baru ini Menurut sumber Lagi artis filem Hantu Jeruk Purut menghembuskan nafas terakhir
a6.jpg

Ariff Johan

Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Kerana Barah. Bekas suami penyanyi Atilia, Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.

Sumber: bayumeletop

Related Posts:

0 Response to "ALFATIHAH ANTARA SENARAI ARTIS TEMPATAN PALING POPULAR MENINGGAL DUNIA WAKTU USIA MASIH MUDA"

Post a comment