BUDAK PEREMPUAN USIA 11 TAHUN KINI MENINGGAL LEPAS BAYINYA DILAHIRKAN (1 GAMBAR+1 VIDEO)

TEMPOH hari lalu, seantero Malaysia digemparkan dengan berita seorang murid Tahun Lima melahirkan bayi lelaki di sebuah klinik swasta ekoran disyaki menjadi mangsa rogol seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.
Bagaimanapun, ternyata tuhan lebih menyayangi bayi lelaki itu apabila disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah hari ini.
Berdasarkan laporan perubatan, bayi berusia lapan hari itu meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi dalam perut.
Jenazah bayi berkenaan kemudian dibawa oleh keluarga ibunya untuk dikebumikan di Jempol.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar, mengesahkan telah dimaklumkan perkara tersebut oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dalam kejadian 5 Ogos lalu, murid berusia 11 tahun itu dibawa oleh neneknya ke klinik swasta di Bahau, Jempol, selepas mengadu sakit perut.
Hasil pemeriksaan, doktor mendapati murid berkenaan sakit hendak melahirkan anak. 

Related Posts:

0 Response to "BUDAK PEREMPUAN USIA 11 TAHUN KINI MENINGGAL LEPAS BAYINYA DILAHIRKAN (1 GAMBAR+1 VIDEO)"

Post a Comment