EKSKLUSIF 10 ARTIS LELAKI MALAYSIA PALING KAYA DI MALAYSIA NO 3 PALING KAYA DAN KACAK PULA TU!! SIAPAKAH GERANGANNYA?


23875.png
ARTIS%2BKAYA%2BDI%2BMALAYSIA.png
Jika wanita sinonim dengan kecantikan, lelaki pula pada kekacakkan mereka. Artis dan selebriti lelaki kekacakan mereka diukur melalui gaya dan penampilan.Pun begitu, istilah kacak pada kebanyakan lelaki cukup subjektif. Ia bukan saja menjurus pada rupa paras dan penampilan semata-mata tetapi paling utama merujuk ke arah karakter diri mereka sendiri serta tahap profile masing-masing .
Dalam soal ini, antara elemen penting yang menyokong kekacakan peribadi seorang lelaki adalah kematangannya berbicara, tenang dan pemikiran positif dan paling penting pilihan hati daku ! hahahaha..
Nik%2BMichael%2BImran.jpg
1) Nik Michael Imran, 24, Chef Selebriti
Walaupun persaingannya dalam MasterChef Malaysia musim pertama terkandas di tengah jalan, ia nyata bukan pengakhiran buat Nik Michael Imran Nik Ezar.
Semakin dikenali ramai menerusi pelbagai program masakan dikendalikannya, tukang masak kacak seperti Nik Michael menyifatkan ketampanan lebih merujuk penampilan diri seseorang yang sentiasa bersih dan kemas.Tidak menganggap dirinya kini sudah berada pada tahap popular kerana mengendalikan program Tea Twist di saluran Asia Food Channel (AFC), Nik Micheal berkata, apa yang diperoleh kini adalah berkat kesabaran dan tak pernah kenal erti putus asa.
Kini mengusahakan restoran sendiri, Picknik yang beroperasi di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur sejak setahun lalu, Nik Michael berkata lelaki boleh kelihatan seksi apabila di dapur!
Soalan: Selebriti Hollywood yang ingin anda masak bersama?
Jawapan: Jessica Bell
ANUAR%2BZAIN.jpg
2)Anuar Zain, 44, Penyanyi
Pada usia lebih 40 tahun, Anuar Zain masih segak dan kacak dengan populariti yang bertahan lama.
Istilah kacak daripada kaca mata Anuar adalah subjektif dan ia tertumpu pada pandangan mata seseorang. Apapun, kekacakan itu sebenarnya datang daripada jiwa yang sihat, bersih dan positif.
Kacak juga menurut Anuar boleh dinilai dari aspek ketrampilan diri melalui bahasa tubuh, perawakan tutur kata dan cara serta tata tertib.
Soalan: Apa akaun Instagram anda?
Jawapan: Saya tiada sebarang akaun di laman sosial.
JOSIAH%2BHOGAN.jpg
3)Josiah Hogan, 28, Pelakon
Darah Amerika Latin yang dimiliki pelakon meningkat naik, Josiah Hogan membuatkan dia kini tersenarai dalam kelompok artis lelaki kacak Malaysia.Josiah bagaimanapun tidak melihat kekacakan dimiliki seseorang lelaki hanya terletak pada rupa paras yang tampan, sebaliknya bagi bapa kepada seorang anak itu istilah kacak lebih menjurus pada penampilan dan gaya.
Mengulas mengenai penilaiannya terhadap kacak atau cantiknya seseorang, Josiah berkata, dia lebih suka melihat pada cara komunikasi.
Ujarnya, komunikasi sangat penting kerana cara seseorang itu bercakap sudah mampu menggambarkan sejauh mana tahap kematangannya.
Soalan: Pandangan anda mengenai Angelina Jolie.
Jawapan: Bijak, seksi & intelektual
shah-iskandar-4.jpg
4)Shah Iskandar, 32, Pelakon
Berkelana dari tanah kelahiran, Singapura ke Malaysia tidak sia-sia bagi pelakon popular, Shah Iskandar apabila namanya kini semakin mendapat tempat dalam industri lakonan di Malaysia.
Bahkan, Shah juga dikategori sebagai pelakon kacak oleh ribuan peminatnya.
Shah berkata, dia melihat kekacakan dimiliki seorang lelaki bukan sekadar pada penampilan diri dan gaya, sebaliknya perlulah bijak serta intelektual.
Katanya, dia tidak begitu memandang pada penampilan dan gaya sebagai keutamaan tetapi cara pemikiran itu yang paling utama dan harus dinilai.
Soalan: Filem Melayu kegemaran anda?
Jawapan: Tanda Putera
Aaron-Aziz.jpg
5)Aaron Aziz, 37, Pelakon/ Pengacara
Sudah berkeluarga dan memiliki tiga cahaya mata, penangan Aaron Aziz masih lagi berbisa dan diminati ramai apatah lagi, sekiranya Aaron, melakonkan watak lelaki romantik. Ternyata wajah kacak dimiliki Aaron dengan bahasa tubuh serta bakat besarnya dalam lakonan membuatkan dia masih mampu mencairkan hati jutaan wanita.
Bukan itu saja, kepekaan Aaron pada tatarias gaya dan penampilan juga membuatkan setakat ini jarang gagal di khalayak ramai.
Soalan: Fear Factor anda?
Jawapan: Ketinggian (gayat).
Aiman Hakim Ridza, 24, Pelakon
Biar pun kecundang ketika dalam persaingan program Mentor 5 di bawah bimbingan penyanyi rock terkenal, Rahim Maarof, Aiman Hakim Ridza nampaknya lebih berbakat dalam lakonan.
Mula melonjak naik dan dikenali peminat menerusi drama Vanila Coklat, Aiman yang merangkul Anugerah Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH2012) lalu juga memiliki wajah kacak dan tubuh yang tinggi.
Soalan: Kota paling romantik?
Jawapan: Pastinya Paris
AWAL%2BASHAARI.jpg
6)Awal Ashaari, 33, Pengacara/ Pelakon
Sebut saja nama Awal Ashaari, ia bukan sekadar pengacara kacak berbakat, tetapi suami pelakon Scha Alyahya ini juga cukup dikenali dengan gayanya yang bijak berfesyen.
Memiliki wajah tampan dengan gaya tersendiri apabila menghadiri majlis hiburan berprestij, tidak hairanlah Awal boleh dikategori dalam barisan selebriti kacak tanah air.
Pengacara program Melodi ini juga dilihat amat menjaga penampilan dirinya dan Awal tetap nampak hebat walaupun hanya memakai T-shirt.
Soalan: Cita-cita asal sebelum menjadi pengacara?
Jawapan: Penyanyi.
Remy Ishak, 32, Pelakon
Sekalipun pernah dilabel sebagai panas baran namun pelakon popular Remy Ishak juga dilihat mempunyai daya tarikan yang tinggi.
Berkulit sawo matang, Remy tetap tampak kacak dan menawan dalam kelas tersendiri. Bahkan, bintang filem dan drama Nur Kasih The Movie ini juga makin bijak bergaya.
Remy kelihatan cukup macho apabila tampil bergaya formal dengan pemakaian sut lengkap dan berkot.
Soalan: Lagu dangdut yang paling anda minati?
Jawapan: Memori Daun Pisang
AERIL%2BZAFREL.jpg
7)Aeril Zafrel, 26, Pelakon
Pelakon Aeril Zafrel yang juga suami kepada aktres Wawa Zainal juga tidak kurang kacaknya kerana berwajah jambu.
Berstatus suami orang dan ayah kepada seorang anak, pembabitan Aeril dalam lakonan yang bermula menerusi filem Aku Tak Bodoh pada 2010 itu, kini sudah melangkah jauh hingga ke Barat.
Aeril yang juga katanya kini berada di luar negara kerana terbabit dengan penggambaran, pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu kerana menyembunyikan perkahwinannya bersama Wawa.
Soalan: Watak lakonan paling mencabar?
Jawapan: Attar dalam filem 99 kali rindu.
izue.jpg
8)Izzue Islam, 24, Penyanyi/ Pelakon
Anggota Fourteen walaupun sudah berkahwin tetap popular barangkali kerana kekacakan wajahnya yang comel persis keanak-anakan.
Namun, kacak pada sut pandangan anak jati Kelantan ini sendiri adalah kacak adalah tampan dan segak. Apatah lagi, apabila seseorang lelaki itu sentiasa tampil bergaya.
Bahkan, katanya berpakaian yang sesuai dengan bentuk badan, boleh membuatkan penampilan seseorang itu kemas. Apapun, kacak pada pandangan setiap orang berbeza mengikut naluri masing-masing.
Menyentuh dirinya yang dilabel kacak, Izzue
psst : semua kekacakkan dan ketampanan yang dimilik dipinjamkan sementara buat kita semua , hargai sementara diberi serta manfaatkan ke arah kebaikkan .
Sumber: hebatpunya83

Related Posts:

0 Response to "EKSKLUSIF 10 ARTIS LELAKI MALAYSIA PALING KAYA DI MALAYSIA NO 3 PALING KAYA DAN KACAK PULA TU!! SIAPAKAH GERANGANNYA?"

Post a Comment