Nafsu tak mengenal status.. Ustazah kantoi di bulan puasa


Nafsu tak mengenal status.. Begitulah yang boleh disifatkan dengan berita penangkapan seorang ustazah kerana berkhalwat oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama teman lelakinya di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Tun Ali.

Nafsu tak mengenal status.. Ustazah kantoi di bulan puasa

Nafsu tak mengenal status.. Ustazah kantoi di bulan puasa

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, Jaim menunggu 15 minit sebelum pintu bilik hotel berkenaan dibuka lelaki berusia 36 tahun terbabit.


Click Here

ARTIKEL MENARIK: Balakong : Peniaga Amuk Bakar Gerai Dan Lumur Minyak Pada Badan Nekad Bakar Diri



Ketika pemeriksaan, bekas guru agama berusia 24 tahun yang berasal dari Johor itu ditemui lengkap bertudung labuh dan jubah duduk di katil, manakala teman lelakinya iaitu seorang peniaga berbaju kemeja, seluar panjang dan berkopiah.

Lelaki berstatus duda tanpa anak itu berasal dari Pahang turut berperwatakan sebagai lelaki warak dengan berjanggut.

Soal siasat pegawai Jaim turut mendapati wanita berkenaan seorang hafizah yang menuntut di sebuah pusat tahfiz di selatan tanah air sebelum bergelar ustazah.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata ketika ditahan kedua-dua pasangan terbabit mendiamkan diri.

Katanya, apabila keluarga wanita itu dihubungi pihaknya bagi memaklumkan mengenai tangkapan itu, Jaim mendapat maklumat mengejutkan apabila diberitahu tujuannya anaknya datang ke sini untuk menziarahi neneknya.

“Mereka tiba di negeri ini dengan menaiki bas pada lewat petang semalam (kelmarin) sebelum bermalam di hotel berkenaan,” katanya.

Pasangan terbabit antara tiga pasangan yang dicekup dalam operasi bersepadu membabitkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis, Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Melaka Invest.

Operasi selama enam jam bermula 11 malam itu disertai 50 pegawai dan anggota daripada agensi kerajaan berkenaan dengan memeriksa menyerbu tiga lokasi di Sungai Melaka, Jalan Tun Ali dan Taman Melaka Raya.

Rahimin berkata, pasangan terbabit ditahan untuk diambil keterangan lanjut dan wanita itu sudah dijamin keluarganya tengah hari, semalam, dan lelaki terbabit masih menunggu warisnya sehingga petang - Sumber

32 Lelaki Berkhalwat Dengan 7 Perempuan?



Jam 5 petang tadi saya menghubungi kenalan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

"Bilik di Intekma Resort dan Convention Center tu macam apartment. Di dalamnya ada 2 bilik lagi kalau tak silap lah," ujarnya.

Bukan apa, saya berasa hairan berikutan kes penangkapan 39 orang termasuk 7 perempuan berusia di antara 18 dan 30 tahun dikatakan berkhalwat di Intekma Resort and Convention Center. Majoriti mereka tidak mengaku bersalah dan akan dibicarakan manakala 10 lelaki mengaku dan didenda di antara RM2,000 dan RM2,900.

Saya difahamkan, Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS mempunyai 3 kumpulan dianggotai 7 penguatkuasa (2 di bahagian pertanyaan di pejabat), bertugas 24 jam mencekup mereka berkhalwat. Maksudnya, 1 kumpulan bertugas 8 jam sehari.

Namun, ada pihak mendakwa amat sukar untuk penguatkuasa terbabit melaksanakan tugas mereka biarpun banyak aduan dibuat masyarakat berhubung kes khalwat di rumah flat, apartment dan kondominium.

Saya dimaklumkan anggota gerakan JAIS menerima purata 9 aduan sehari daripada penduduk di Shah Alam. Petaling Jaya, Kelana Jaya, Seri Kembangan, Serdang dan Puchong.

"Bilangan penguatkuasa kurang. Pengambilan anggota dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, SPN Selangor bukan JAIS," kata sumber.

Setiap kes tangkapan khalwat, Orang Kena Tahan, OKT akan dibawa ke balai polis berhampiran untuk JAIS membuat 'covering report' dan selepas itu OKT akan dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam untuk urusan jaminan. Proses terba

Related Posts:

0 Response to "Nafsu tak mengenal status.. Ustazah kantoi di bulan puasa"

Post a Comment