BALAKONG – Bengang apabila anggota penguatkuasa merampas kanopi perniagaan dijalankan, seorang peniaga bertindak membakar gerai bazar Ramadan diusahakan sebagai tanda protes kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), petang tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu, peniaga terbabit dikatakan tidak dapat menahan emosi apabila anggota penguatkuasa bertindak mengangkut peralatan perniagaan ketika mula beroperasi di tapak tersebut. Sebelum itu, kira-kira 50 peniaga mengadakan protes mendesak MPKj membenarkan mereka menjalankan perniagaan di sepanjang Jalan Cengal 4, Taman Impian Ehsan. Bagaimanapun keadaan bertukar tegang, apabila seorang daripada peniaga tiba-tiba menuang minyak petrol di atas meja gerai malah melumur minyak terbabit di tubuh badannya. Rakan peniaga terbabit kemudian menyalakan api menyebabkan payung kanopi dan meja hangus terbakar. Wakil peniaga, Zainuddin Osman, 45, berkata, MPKj mengeluarkan notis mengarahkan kesemua peniaga menghentikan operasi perniagaan di tapak tersebut sejak petang semalam. Perbincangan diadakan antara peniaga dan pihak MPKj pagi tadi menemui jalan buntu dan tidak memihak kepada pihaknya menyebabkan peniaga berkeras meneruskan operasi perniagaan di tapak yang wujud sejak 18 tahun lalu. “Kami berniaga di sini sejak belasan tahun lalu, MPKj arah kami pindah ke lokasi dalam ‘hutan’, tahun lepas… kami ikut arahan dan berniaga di tempat diarahkan namun perniagaan dijalankan hancur. “Tahun ini kami nekad untuk berniaga dan kekal di tempat lama, kami harap MPKj benarkan kami berniaga di sini 26 hari saja lagi, kami bukan nak berniaga lama-lama pun,” katanya. Zainuddin berkata, dia percaya hanya campur tangan politik yang boleh menyelesaikan masalah kerana campur tangan politik dakwanya yang mengkucar-kacirkan keadaan di situ sebelum ini. “Kami patuh semua prosedur, ambil suntikan demam kepialu dan sebagainya…mengapa tak boleh berniaga di sini sedangkan premis kedai judi elok dibiarkan beroperasi,”katanya lagi.
Video: Perniaga Di Bazar Ramdahan Mengamuk Dan Rela Membakar Gerai sendiri!!
Baru Dapat Info Dari rakan Fb Apabila Perniga Di Bazar Ramadhan Mengamuk Dan Sanggup bakar Gerai sendiri Daripada Nak Serahkan Semua Ke Majlis!! Video yang sempat Di Rakam Menunjukkan Keaddan menjadi Kucar kacir,, Kejaan Yang berlaku petang Tadi Menyebabkan Perniaga lain Mengalirkan airmata!!
0 Response to "Video: Perniaga Di Bazar Ramdahan Mengamuk Dan Rela Membakar Gerai sendiri!!"
Post a Comment