Kekasih mati ditikam kerana skandal gelap.


Gara-gara terlampau ikutkan emosi dan cemburu buta, seorang lelaki yang dikenali Kamolpop Ketchom, 29 tergamak dan bertindak kejam yang teramat menikam kekasih dia, Suttinee Saisomboon, 20 bertubi-tubi sampai mati.

Selepas dah bunuh kekasih dia tu, mamat ni cuba pula bunuh diri dengan cara menikam di dada dia menggunakan pisau. Lelaki tu dengan berlumuran darah merangkak keluar dari rumah dia di tingkat dua di sebuah apartmen di daerah Uthai.

Kamolpop ditemui oleh jiran dia dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Jiran bertindak menghubungi polis. Polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan dan menemui mayat kekasih Kamolpop dalam keadaan ngeri dan berlumuran darah di atas katil.

Menurut jurucakap polis, pasangan tu tinggal bersama tetapi kerap bergaduh. Kamolpop bagitau dia bunuh kekasih dia sebab perempuan tu yang juga seorang pelajar universiti mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Kini Kamolpop dirawat di hospital dengan kawalan polis dan bakal berdepan dengan tuduhan membunuh. Bila dah hilang pertimbangan dan bagai ‘dirasuk’ setan sanggup membunuh sebab tak dapat terima kenyataan noh.

sumber - MissHana/Utaranews.com.

Related Posts:

0 Response to "Kekasih mati ditikam kerana skandal gelap."

Post a Comment