Model Hanya Pakai Seluar Lukisan, Berjaya Kaburi Penduduk HK




HONG KONG – Seorang model selamba berjalan separuh bogel, dari paras pinggang hingga ke bawah di Hong Kong namun tiada seorang pun yang menyedari akan keadaan berkenaan.
Model terbabit, Sandra Bakker hanya mewarnakan dan melukis di bahagian terbabit, seolah-olah seperti memakai seluar jeans. Dia sebenarnya hanya memakai kemeja-T semata-mata.
Di bahagian belakang kemeja berkenaan tertulis ayat `No Pants Are The Best Pants’ iaitu bermaksud tiada seluar adalah seluar yang terbaik
sandra1
Dengan hanya memakai kemeja-T dan lukisan seluar, dia berjalan di jalan yang sibuk itu secara selamba dan turut membeli belah.
Malah Sandra turut membeli tiket kereta api dan berjalan melintasi seorang wanita tempatan, namun tidak dihiraukan.
Hanya seorang lelaki secara sembunyi telah merakamkannya dari belakang ketika Sandra berjalan di bandar raya pulau bekas jajahan British yang sibuk itu.
Sandra yang menetap di Hong Kong selama ini dikenali sebagai pelukis badan dan muka profesional.

Related Posts:

0 Response to "Model Hanya Pakai Seluar Lukisan, Berjaya Kaburi Penduduk HK"

Post a Comment