Malang nasib seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan sakit selama beberapa jam akibat tertusuk sebatang penyepit makanan di tekaknya.
Mangsa yang baru berusia setahun itu sebelum kejadian dikatakan berada di atas alat bantuan berjalan menggigit penyepit makanan di mulutnya terjatuh lalu tertusuk di tekaknya.
Terkejut melihat mulut mangsa berdarah dan tertusuk penyepit makanan itu, ibu bapanya terus segera membawanya ke hospital.
Bagaimanapun, doktor mengesahkan kecederaan yang dialami oleh mangsa tidak parah. Namun terpaksa menjalani satu pembedahan selama sejam sebelum berjaya mengeluarkan penyepit makanan berkenaan.
Menurut doktor, mangsa bernasib baik kerana kayu penyepit makanan itu tidak mengenai saraf dan saluran darah utama.
Mangsa dilaporkan stabil dan akan dibenarkan pulang dalam beberapa hari lagi.
0 Response to "Ngeri!! Chopstick Tertusuk Di Tekak Bayi 1'tahun'"
Post a Comment