KETERANGAN IKON VAPE NEGARA! "PENGGUNAAN VAPE BUKAN JENAYAH"




"Tidak perlu buat rampasan secara drastik dan beri kenyataan seumpama mengugut," demikian kata Datuk Nuruhidayah Ahmad Zahid yang juga mendapat gelaran Ikon Vape Negara berikutan gambar yang dimuat naik beliau di laman Instagram suatu ketika dulu.

Melalui laman Instagram, anak kepada Timbalan Perdana Menteri itu mengkritik tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menyerbu dan merampas cecair bernikotin di seluruh premis vape Malaysia.

"Tidak perlu buat rampasan secara drastik dan beri kenyataan seumpama mengugut seperti vape ini satu perbuatan jenayah. Kaji semula dengan beberapa universiti tempatan dan buat perbandingan dengan universiti luar negara. Keluarkan soal selidik dan sebagainya, barulah nampak kecerdikan di situ," katanya yang cuba mengajar KKM menjalankan tugas.

"Dengan adanya fakta, tiada hati yang terguris. Benar periuk nasi mereka yang mengusahakan vape tertutup. Baru hendak belajar berniaga sudah kena kambus. Saya tampil untuk komen dengan tiada kepentingan peribadi, tiada agenda. Cuma saya fikir sebelum bertindak.

"Persoalan yang timbul adalah dari segi etika. Etika vapors itu sendiri kemungkinan menjengkelkan bagi sesetengah orang yang terus membawa kepada perspektif negatif. Bagi saya, mengapa kerajaan tidak melakukan ‘research’ atau kajian mengenai vape dari sudut negatif dan positif? Rata-rata masyarakat kita perlu tahu dan didedahkan sedikit ‘knowledge’ atau fakta mengenai vape dan aktiviti ber’vape’ ini,” katanya. 

Bagaimanapun, netizen mahupun pengguna vape itu sendiri masih menentang keras terhadap wanita beragama Islam yang cuba berjinak dengan vape.

"Golongan wanita usah tunjuk pandai dalam vape. Tindakan andalah yang menyebab vape dipandang negatif oleh masyarakat. Vape adalah untuk mereka yang mahu berhenti merokok. Mengapa pula anda sibukkan diri dalam dunia vape sedangkan anda tidak merokok?" balas netizen.

Related Posts:

1 Response to "KETERANGAN IKON VAPE NEGARA! "PENGGUNAAN VAPE BUKAN JENAYAH""