Meskipun baru sahaja melahirkan bayi sulungnya lebih dua bulan lalu, pelak0n Lisa Surihani akui suaminya, Yusry Abdul Halim sudah mula memberi ‘hint’ hendak melihat isterinya punya bentuk badan seperti sebelum hamil.
Lisa Surihani memberitahu ‘hint’ itu diberikan kepadanya ketika mereka sama-sama men0nt0n prebiu filem Sinaran yang berlangsung di Singapura minggu lalu.
“Di dalam filem Sinaran adalah saya yang punya berat kurang 10 kil0gram daripada sekarang. Yelah selepas melahirkan Yahaira ni, berat badan saya masih belum kembali seperti asal.
“Lagipun, ketika penggambaran filem Sinaran tahun lalu saya akui ketika itu latihan untuk tarian dan muzikal sangat intensif dan ianya membuatkan saya lebih kurus.
“Jadi masa Yusry men0nt0nnya baru-baru ini, dia lihat saya dalam Sinaran dan berkata ‘w0w sayang y0u dalam ni…’ Saya dengar sahaja saya dah faham.
“Saya kata tak apa, beri saya masa. Saya akan kembali kepada 10 kg dahulu. Saya memang dalam pr0ses untuk turunkan berat badan lagi dan saya harap b0leh kembali ke seperti dulu mulai tahun hadapan,” katanya kepada media selepas tayangan prebiu filem Sinaran di GSC Pavili0n, kemarin.
Lisa dan Yusry menimang cahaya mata pada 16 September lalu dan puteri sulungnya itu diberi nama Yahaira Leanne.
Dalam usaha menurunkan berat badan, Lisa memberitahu dia kini mengikuti pr0gram kesihatan PurelyB dan bakal menjalani latihan B0dy T0ne.
Sementara itu, Lisa memberitahu dia bakal kembali aktif dalam bidang seni mulai awal tahun hadapan.
Filem muzikan Sinaran arahan 0sman Ali akan ditayangkan di pawagam bermula 26 N0vember ini menggandingkan Lisa dan pelak0n Ind0nesia terkenal Evan Sanders.
Sinaran turut dibintangi Izara Aisyah, Syarif Sleeq dan Nadiah M Din. Ia mengisahkan sekumpulan pelajar k0lej yang berazam menjuarai pertandingan tarian berkumpulan namun dikhianati rakan baik sendiri.
sumber : alkisahsedih.blogspot
0 Response to "PANAS...!!!! Hanya Kerana Bentuk Badan Lisa Surihani Masih Gempal Setelah 2 Bulan Berlalu...Akhirya Yusry KRU 'Hint' "WoW Sayang..You Dalam Ni...!!!! "
Post a Comment