Ketua Polis (kiri) bercakap dengan suspek, Rudi Efendi |
INDONESIA – Berang mengetahui isterinya telah dirogol seminggu sebelum perkahwinan, seorang lelaki berusia 25 tahun telah memotong dan makan kemaluan seorang lelaki dalam kejadian di wilayah Lampung, Sumatera.
Rudi Efendi, 25, yang bernikah dengan Nuriah, 20, mendapati isterinya itu sudah hilang dara di malam pertama, sebulan sebelum kejadian tersebut.
Setelah didesak oleh suami, Nuriah memberitahu bahawa dia telah dirogol oleh seorang pemandu kereta sewa yang juga bernama Rudi, berusia 30 tahun, seminggu sebelum mereka berkahwin.
Ekoran itu, Rudi meminta isterinya mengaturkan pertemuan dengan lelaki terbabit.
Difahamkan, Rudi Efendi pada mulanya berpura-pura mahu menumpang kereta sewa lelaki itu. Apabila berada di dalam kereta, Rudi mengambil kesempatan membunuh mangsa dengan senjata tajam sebelum membakar keretanya.
Menurut Ketua Polis Lampung, Brigadier Jeneral Edward Syah Pernong berkata, suspek juga mengaku telah mengerat alat sulit mangsa dan membawa pulang ke rumah untuk dimasak.
“Sampai di rumah, dia terus menggoreng alat sulit mangsa dan memakannya sebagai ubat bagi merawat hatinya yang terluka,” jelasnya.
Bagaimanapun, Rudi menegaskan dia melakukan jenayah itu seorang diri dan isterinya tidak terlibat dalam jenayah yang dilakukan. – THEHYPEMEDIA.COM
Sumber: penmarah
0 Response to "AKU MAKAN ALAT SULITNYA KERANA DIA MEROGOL ISTERIKU"
Post a Comment