TERBONGKAR !!! Akhirnya, Pembunuh Kerani Sekolah Agama Ditahan Polis



Polis Muar telah berjaya mencekup enam lelaki Nepal berusia 25 hingga 43 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh dan rompak kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Sungai Terap petang semalam. 

Ketua Polis daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob menyatakan sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5 petang semalam, beberapa anggota polis bergegas ke lokasi. 

Apabila tiba pihaknya menemui seorang wanita terbaring dengan kesan jerutan di leher di depan bilik utama rumah itu. 

"Berikutan itu, kami menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejak penjenayah berkenaan. Pada masa sama, kami menahan enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Related Posts:

0 Response to "TERBONGKAR !!! Akhirnya, Pembunuh Kerani Sekolah Agama Ditahan Polis"

Post a Comment