[DENGAN VIDEO] Warga Sekolah Gempar Bapa Murid 'Serang' Guru Wanita Dakwa Anak Dilempang



Pengguna media sosial hari ini kecoh apabila sebuah rakaman menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada seorang murid lelaki disebuah sekolah bertindak ‘menyerang’  guru wanita kerana mendakwa melempang anaknya.

Berdasarkan video berdurasi 3 minit 29 saat itu, kejadian dikatakan berlaku di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Selangor apabila lelaki tersebut dilihat menyerbu sekolah terbabit, sebelum menyerang guru itu dalam satu majlis.

Menerusi video tersebut, bapa murid berkenaan kelihatan 'naik angin’ dan memarahi guru terbabit sambil diperhatikan oleh guru-guru lain.

Bagaimanapun, guru itu yang dikenali sebagai Hamidah kelihatan tenang dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan telah melempang anak lelaki tersebut.

Suasana bertambah kecoh apabila bapa murid itu turut mendakwa anaknya terpaksa dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan sebagai menunjukkan bukti, lelaki itu mengeluarkan ‘surat pengesahan’ doktor yang menyatakan anaknya cedera akibat dilempang.

Namun, detik cemas itu bertukar kegembiraan apabila aksi menyerang guru itu hanyalah lakonan atau ‘prank’ semata-mata bagi tujuan menyampaikan hadiah kepada Cikgu Hamidah yang memenangi sebuah beg tangan berjenama mewah, Louis Vuitton (LV).

Video tersebut diterbitkan oleh Sinar Studios Production bagi segmen ‘Redah Kasi Hadiah' dan dimuat naik di laman YouTube SinarTV pada 16 November lalu.

Menurut kenyataan dalam rakaman tersebut, lakonan itu turut mendapat kerjasama daripada Guru Besar sekolah terbabit bagi menjayakan video ‘prank’ berkenaan.

Related Posts:

0 Response to "[DENGAN VIDEO] Warga Sekolah Gempar Bapa Murid 'Serang' Guru Wanita Dakwa Anak Dilempang"

Post a Comment