QILA 20 TAHUN MENCERITAKAN DAN MENGAKU PERNAH TIDUR DENGAN 30 LELAKI KENALAN FB

Screenshot_2015-11-17-09-43-27-1.png   

Maaf kan saya, saya telah tiduri 30 lelaki kenalan di Facebook.” Itulah kata-kata seorang gadis yang baru berusia 20 tahun ketika wartawan menemu bual remaja tersebut selepas ditangkap atas kesalahan penyalahgunaan dadah. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Qila dan merupakan seorang berbangsa melayu berdasarkan kad pengenalannya.
Gadis yang berasal dari selatan tanah air ini mengaku telah melalui hidup sebagai seorang playgirl selama beberapa tahun. Dia mengatakan bahawa betapa seronoknya pada awalnya ketika menjalani hidup yang terumbang-ambing tersebut. Sejak di alam persekolahan lagi dia mula mencuba pelbagai perkara yang tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi di seawal usia 17 tahun.
Walaupun mempunyai rupa paras yang sederhana, dia juga seperti gadis-gadis cantik yang lain di mana ingin memiliki teman lelaki dan diminati oleh ramai lelaki. Dengan niat tersebut, dia bersifat amat terbuka untuk menerima mana-mana lelaki sebagai kenalan di Facebook tanpa menyiasat latar belakang lelaki tersebut.
“Ketika tingkatan lima, saya sudah mula mencuba perkara terlarang seperti dadah, arak dan rokok. Sudah ramai yang menegur perbuatan saya tersebut, namun saya langsung tidak mendengar nasihat mereka.”
Ketika orang lain sedang mengulangkaji pelajaran untuk menghadap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anak kelima dari enam adik beradik ini sibuk dengan kehidupan sosialnya dan berpeleseran sebagai seorang playgirl dan hanya tahu ingin bergembira dengan lelaki-lelaki lain. Dia juga mengatakan bahawa tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana merasa rimas dan benci dengan sifat mereka.
Bagaikan tiada hari esok, itulah yang boleh dikatakan mengenai kehidupannya ketika peperiksaan SPM berlangsung. Dia tidak tinggal di rumah ketika itu, sebaliknya dia tinggal bersama-sama teman lelakinya di sebuah rumah sewa. Teman lelakinya itu hanya dikenali Qila melalui laman sosial, Facebook.
Dia langsung tidak hairan dengan keputusan SPM yang begitu teruk ekoran sikapnya ketika tingakatan lima. Namun, dia langsung tidak menyesal dan merasa sebarang keresahan dengan keputusannya itu, sebaliknya dia sudah gembira dengan kehidupannya yang silih berganti teman lelaki seperti menukar baju.
Sikap cepat bosan dengan lelaki menjadikannya sebagai seorang playgirl, dia dengan mudah menukar teman lelaki kerana Facebook sudah menjadi seolah-olah ‘bank’ teman lelakinya. Bukan sahaja dapat melempiaskan nafsu, dia turut diberikan wang dan keseronokkan lain dengan memperdagangkan tubuhnya itu.
Bagi Qila, soal di dalam bilik atau diranjang itu sudah menjadi asam-garam baginya. Dia langsung tiada masalah mengenai perkara tersebut.
“Saya pernah memutuskan hubungan dengan seorang lelaki dan menemui teman lelaki yang baru pada hari yang sama. Malah saya turut menemui dua lelaki pada hari yang sama namun tidak ‘terkantoi’ dengan mereka.”
Segalanya berakhir apabila keluarganya mengetahui segala-galanya. Namun, nasib Qila baik kerana dia tidak dibuang keluarga. Mereka masih menerima Qila sebagai darah daging mereka. Qila kini dihantar ke pusat pemulihan untuk gadis bermasalah.

Related Posts:

0 Response to "QILA 20 TAHUN MENCERITAKAN DAN MENGAKU PERNAH TIDUR DENGAN 30 LELAKI KENALAN FB"

Post a Comment