KUALA LUMPUR, 24 N0v: Se0rang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM, yang juga se0rang pelak0n di dalam drama tempatan berbahasa Cina, dipercayai membunuh diri di rumahnya hari ini.
Pelajar berusia 17 tahun dari SMK Raja Abdullah itu dijumpai dalam keadaan tergantung di dalam biliknya di sebuah apartmen di Taman Jinjang.
Pelajar tersebut disifatkan 0leh gurunya sebagai se0rang yang bijak.
Timbalan Ketua P0lis Sentul, Supt M0hd Sukri Kaman mengesahkan insiden terbabit.
Difahamkan, pelajar tersebut kecewa setelah dia tidak berjaya menjawab s0alan di dalam kertas Matematik Tambahan 1 yang didudukinya hari ini.
"Dia memberitahu gurunya yang dia tidak dapat menjawab s0alan-s0alan itu
"Dia juga berkata dia mahu pulang ke rumah tetapi gurunya menasihatinya untuk tinggal di sek0lah.
"Dia tidak mendengar (nasihat itu) dan pulang ke rumah", kata Sukri memetik lap0ran NST.
Gurunya menjadi risau apabila pelajar terbabit gagal menghadirkan diri di sek0lah untuk menduduki kertas Matematik Tambahan II pada petang itu.
"Guru terbabit kemudian membuat panggilan telef0n kepada ibu pelajar tersebut, menanyakan dimana pelajar itu berada.
"Ibu pelajar tersebut, yang bekerja di sebuah pusat membeli belah di KL, kemudian menelef0n ibu saudara pelajar itu untuk memeriksa anaknya", kata beliau.
Ketika itulah ibu saudara pelajar tersebut menjumpai pelajar berkenaan dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam biliknya.
P0lis men0lak sebarang unsur jenayah didalam insiden terbabit.
Mayat pelajar berkenaan telah dihantar ke H0spital Kuala Lumpur. -
sumber : siakapkeli.my
0 Response to "Allahuakbar...!!!! Lihat Apa Yang Terjadi Kepada Pelajar Lelaki Ini Setelah Beliau Tidak Dapat Menjawab Soalan Exam...!!!"
Post a Comment