3 Foto wajah sebenar Azira Hafiza anak bongsu Ahmad Bashah yang amat Hot bertudung

Krisis Menteri Besar di Kedah akhirnya berkesudahan dengan pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar yang baharu.

Namun, menerusi tinjauan kami, rata-rata netizens tidak berpuas hati dengan perturakan itu menyebabkan pelbagai cacian yang dilontarkan kepada Ahmad Bashah.

Tidak tahan dengan kata-kata cerca dan makian, anak bongsu kepada Ahmad Bashah meluahkan isi hatinya di laman media sosial terutamanya terhadap video yang merakamkan Ahmad Bashah kelihatan seperti 'tidur'.

Luahan hati dari anak bongsu Ahmad Bashah :-

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

KAKI “tidur”, yang dicerca, dikeji, dimaki tu is my one and only abah and yes I’m proud of him. Lawak bila orang yang tak pernah kenal, tak pernah bersua, baca entah dari sumber yang mana, tak pernah tegur, tak pernah say Hi (sorry nanti keyboard warriors kecam bukan Islam kena bagi salam) boleh cakap macam-macam.

Siapa tahu video “tidur” yang sangat popular tu semata-mata nak burukkan abah. Orang yang rakam video tu merangkak la dekat padang masyar minta maaf sebab sebar fitnah.

But don’t worry abah dah maafkan pun. Macam tulah bila dah rasa diri bagus, bila besar boleh jadi keyboard warriors yang maksum bebas dosa confirm masuk syurga dan boleh menghukum orang tanpa usul periksa.

Yes. Abah sekolah tak tinggi. Takda Master, takda PHD, apatah lagi Diploma, bukan kelulusan luar negara, apatah lagi ahli motivasi/professional trainer.

Haha. Sebab abah yang kena ambil alih tugas seorang ayah untuk keluarga dia. Jaga kakak, dan adik-beradik lain lepas ayah abah meninggal. Kerja jual telur ayam, jual durian, kelindan lori, you name it.

Tapi kalau tengok adik-beradik abah Alhamdulillah semua berkelulusan tinggi dan ada yang dari luar negara (nanti keyboard warriors kecam riak). Abah pengalaman politik dia sejak dari umur 20an lagi. Dia mula dari bawah. Dari kosong. Dari nan hado. That’s the fact.


Mana ada istilah pakai cable/ bapak macam orang sekarang. Tidak disangkal pancapaian akademik sangat penting. Itu harus. Tapi, apa guna belajar tinggi, nak involve politik, jaja kejayaan sana sini, share status dalam Facebook dapat deal dari Dato’ A, Dato’ B, dapat peluang kerja yang tak dapat ditepis tangan kanan dan kiri.

Alhamdulillah abah bijak dia tak beli ijazah ka Master ka PHD dan lepas tu kantoi hanya kerana nak puaskan hati manusia yang memandang akademik semata-mata. Kesian abah sebab dia tak pandai selfie, tak pandai tweets dan post pencapaian dekat Facebook.

Lawak bila waktu dipilih jadi ketua semasa pemerintahan Pas tak ada orang yang persoalkan kelayakan akademik abah. Sebab siapa yang sanggup nak galas tanggungjawab tu? Kan?

Plus, the best part is. Siapa yang tengok dan tahu susah payah dia dan jentera yang lain lepas Kedah kalah dalam sejarah dulu. Bila nak dekat PRU13 anak-anak tak payah cakap, berapa hari yang kami dapat jumpa sembang dengan abah. Nak jumpa pun tak menyempat.

Mama dan kami adik beradik share abah dengan rakyat dari kakak yang sulung dalam perut lagi. We all okay, dah biasa. Bak kata orang Kedah, dah mangli. Bila Kedah menang, orang tu cuci kaki tangan terus dapat jawatan. Untung badan.

Abah ada cakap apa tak? No. Dia terima semua. Tak pulak dia nak lompat parti macam orang lain. Untungla bila ada ayah berpengaruh tolong kempenkan on behalf. Takpa kita letak tepi sebab abah dah mangli cantas mencantas memang asam garam politik.

Sungguh. Saya respect dengan orang yang boleh komen dan bagi buah fikiran dengan bahasa yang sangat intelektual dan berhemah. Seriously, I respect that. Saya percaya semua orang ada hak bersuara. Hak memilih. Hak mengutarakan pendapat.

I don’t care, even my friend can say anything they want. It just that, don’t use abusive language. Kadang rasa sedih, kadang kami adik beradik tergelak pun ada. Macam lawaknya hang ni.

Yang mintak mati kena panah petir, yang minta doa mati mata terbuka, yang mintak doa satu family jatuh sakit. Wow lagi sekali. Paling menarik ada yang komen suruh balik main dengan cucu.

Oh that part, kena perenggan baru.

Sejak habis PRU13 dan abah mula tugas sebagai Timbalan KPDNKK, percayalah dia memang boleh tengok cucu sebab setiap weekend sampai ke hari ini abah ulang alik KL ke Kedah without fail. Mana kerja di KPDNKK. Mana kerja di sini lagi.

So don’t say he doesn’t care at all about Kedah or his work. You know nothing. Dah berapa penggal dia jaga Dun? Fikirlah sendiri. Saya yang baru bekerja nak balik Kedah sebulan sekali pun rasa letih.

Not a single word saying he’s tired working nearly forty years for his family and his rakyat. Siapa yang tahu susah payah dia yet he never complained and still people talk shit about him.

Macam saya katakan tadi, saya hormat dan sangat OK dengan manusia yang sangat berhemah bila mengutarakan pendapat. Even he or she is my friend. I have no problem at all and love to hear that too. Use a decent language. Is it too hard?

Bukan apa, takut yang doa kena panah petir tu ALLAH bayar cash. Walaupun sekarang bukan musim hujan.

I read somewhere saying, aku tak kisah dengan orang yang membenci. Aku cuma takut dengan mereka yang pura-pura suka. Believe me, I’m so grateful that I’ve cut you off before all this thing happen. At least kita boleh kenal mana satu kawan bila senang dan bermanis mulut (bila nak minta surat sokongan, nak minta bantuan/ tajaan, nak minta tukar kerja, nak minta pinjam duit, nak minta tajaan tunggu tak boleh minta nyawa ja and the list goes on) dan mana satu kawan bila susah. Sikitpun saya tak menyesal. Sumpah.


Kalau abah ada salah dan silap dengan Mukhriz, and vice versa saya tak berapa risau sebab mereka boleh sama-sama minta maaf. Cuma keyboard warriors yang maksum dan confirm masuk syurga dah ready nak berjumpa dekat padang masyar nanti?

Sesiapa yang sungguh tak berkenan dekat abah, saya sarankan berdoalah pada ALLAH. Sesungguhnya doa “rakyat teraniaya” tiada hijab. Berdoalah anda para keyboard warriors sekalian sebab kalau sumpah seranah bukan ALLAH dengar pun.

Malaikat belah kiri asyik pulak mencatit. Kun faya kun. Jadi maka jadilah. Rezeki, ajal, jodoh ALLAH yang tentukan. What’s yours will always be yours, what’s not yours will never be yours. No matter how hard you fight for it.


Jadi, mohon jangan gelabah sangat. Orang Kedah cakap jangan gelabah togei (its taugeh).

Insya-ALLAH, saya wakil dari ahli keluarga meminta maaf dan memaafkan anda semua yang memaki, mencaci memfitnah sebab anda semua tak kenal abah.

Takpalah, abah dah takda mak ayah untuk dapat dakapan syahdu seorang ibu bapa pemberi semangat dan ditenangkan macam dia. Tapi abah ada kami. Saya juga doakan isteri/suami/anak/ahli keluarga keyboard warriors sihat hendaknya serta dirahmati ALLAH dunia akhirat, dapat belajar oversea dan tidak dipanah petir.

Keyboard warriors kalau nak share mohon jangan separuh nanti takut jadi fitnah. Uhuks

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yang benar,

LUAHAN HATI ANAK BONGSU.

Sumber: siakapkeli

Related Posts:

0 Response to "3 Foto wajah sebenar Azira Hafiza anak bongsu Ahmad Bashah yang amat Hot bertudung"

Post a Comment