AKHIRNYA TERJAWAP!! Maut Dibelasah Kerana Tercicir Penumpang



‪#‎Terkini‬ Rupa-rupanya inilah gambaran kejadian sebenar bakal pengantin maut ditumbuk kerana tercicir pelajar sekolah (penumpang) al-fatihah...
Klik untuk melihat foto-foto seterusnya.



KLANG, 4 Feb - Impian seorang pemuda untuk menamatkan zaman bujangnya tidak kesampaian apabila hayatnya berakhir dengan tragedi selepas dia dipukul oleh seorang lelaki di tepi Jalan Kampung Sungai Udang di sini malam tadi.

Mangsa, Mohd Izhharuddin Nordin, 24, dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 20 Februari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak, kejadian berlaku sekitar jam 7 malam selepas mangsa dikatakan tertinggal untuk mengambil anak saudara suspek yang pulang dari sekolah agama.

"Kerana terlalu bengang, suspek kemudiannya bertindak mengekori van yang dipandu mangsa dengan motosikalnya dan ketika menghampir van berkenaan suspek meminta mangsa memberhentikan kenderaan itu.

"Sebaik van diberhentikan, berlaku pertengkaran mulut di antara mereka sebelum suspek bertindak menumbuk mangsa sehingga mangsa tidak sedarkan diri," katanya.

Mangsa kemudian meninggal dunia dalam van tersebut.

"Ekoran itu, sepasukan anggota polis bertindak memberkas suspek kira-kira sejam selepas kejadian di rumahnya," katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan danbedah siasatan akan dilakukan hari ini di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) Klang.





Related Posts:

0 Response to "AKHIRNYA TERJAWAP!! Maut Dibelasah Kerana Tercicir Penumpang"

Post a Comment