Keputusan Mukhriz Mahathir Bakal Sertai PAS Rampas Semula Jawatan MB Kedah Mengejutkan Semua. Anda Pasti Terkejut Siapa Di Belakang Beliau

Mukhriz Mahathir Bakal Sertai PAS Rampas Semula Jawartan MB Kedah | Selama dua minggu ini, nama Datuk Seri Mukhriz antara nama yang paling banyak disebut oleh rakyat Malaysia. Ini berikutan kemelut politik yang melanda Kedah sejak akhir-akhir ini.






Agak menghairankan, bagaimana UMNO Kedah begitu bodoh mahu menjatuhkan pemimpin berkaliber seperti beliau.

Justeru, tidak menghairan apabila PAS menerusi Mahfuz Omar kini menjadi rakan karib beliau setelah ADUN UMNO sendiri telah mengkhianati beliau. Kemana sahaja Mukhriz pergi, pastinya ada Mahfuz. Seolah-olah Mahfuz seperti penasihat peribadi bagi Mukhriz.

Perkhabaran baru dari Kedah nyata tidak mengejutkan. Mukhriz dilapor akan menyertai PAS selepas ini andai beliau dijatuhkan. Malah, menurut sumber, Mahfuz dipercayai menasihati Mukhriz untuk mengadakan Sidang DUN tergempar bagi membolehkan beliau kekal berkuasa.

Dipercayai, andai Sidang DUN berkenaan berlangsung, semua ADUN pembangkang akan menyokong beliau. Di percayai juga, sekurang-kurangnya 3 orang ADUN BN juga akan menyokong beliau.

Ini membolehkan Mukhriz kekal berkuasa diatas tiket Pembangkang dan sekaligus beliau akan merampas Kedah dari tangan angkuh BN. Menurut sumber lagi, Mukhriz dan beberapa ADUN BN yang lain telah menyatakan komitmen untuk menyertai pembangkang dan sekaligus menubuhkan kerajaan pembangkang sekali lagi di Kedah.

Dipercayai, Mahfuz mendapat idea ini dari apa yang berlaku di Perak satu ketika dahulu. Malah Pakatan Harapan dan DAP juga dilaporkan bersedia menerima PAS kembali andai berjaya memujuk Mukhriz menyertai PAS dan sekaligus merampas Kedah.

Related Posts:

0 Response to "Keputusan Mukhriz Mahathir Bakal Sertai PAS Rampas Semula Jawatan MB Kedah Mengejutkan Semua. Anda Pasti Terkejut Siapa Di Belakang Beliau"

Post a Comment