Ramai Tak Sangka Mahathir Berani Cakap Macam Ni Lepas Anaknya, Mukhriz Letak Jawatan !








Blogger yang memomokkan kritikan terhadap dana pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menunjukkan syarikat itu memang benar sedang menghadapi masalah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah serangan yang dibuat terhadapnya bersifat politik.

Katanya, beliau tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas beberapa sebab, termasuk mewujudkan 1MDB, kerana “wang pinjaman tidak boleh dianggap satu kekayaan”.

“Saya penyokong Umno. Saya masih ahli Umno. Tetapi, saya percaya siapa pun buat apa-apa pun kesalahan, perlu ditegur, termasuk Umno. Bagaimanapun, saya terang-terang mengatakan saya tidak sokong Najib,” tulis Dr Mahathir dalam blog popularnya chedet.cc malam tadi.

“Dan satu daripada banyak sebabnya ialah, saya tak sokong penubuhan 1MDB,” katanya merujuk pelaburan strategik itu yang ketika ini sarat dengan hutang mencecah RM41.9 bilion sejak ia ditubuhkan pada 2009.

Dr Mahathir, 89, menyertai Umno semula apabila Najib mengambil alih pucuk pimpinan parti pada 2009 daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah menjadi presiden selepas Dr Mahathir turun pada 2003, dan berundur selepas dikritik hebat perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

“Wang yang dipinjam tidak boleh dianggap kekayaan. Dan ada banyak perkara tentang wang 1MDB yang sememangnya salah. Kerajaan tidak sepatutnya terlibat dalam membeli dan menjual saham untuk membuat duit bagi dirinya sendiri.

“Saya tidak setuju dengan 1MDB dan akan terus mengkritiknya serta apa saja yang saya rasakan bahaya untuk urus tadbir yang baik negara ini,” tulis pemimpin veteran itu.

Semalam, Dr Mahathir memberitahu media di Kuala Lumpur, blogger yang menyerang pemilik The Edge Media Group Datuk Tong Kooi Ong di Internet, menuduhnya mempertaruhkan ringgit, ialah kerana media miliknya itu mengkritik 1MDB.

Tong bagaimanapun menafikan tuduhan terlibat dalam aktiviti ‘short selling’ mata wang.

Seorang blogger yang menggunakan nama “ahrily90”, yang memulakan serangan terhadap Tong, juga memomokkan Dr Mahathir dan adik Najib yang merupakan seorang eksekutif bank, Datuk Seri Nazir Razak, kerana mereka mengkritik 1MDB.

“Tindakan memomokkan itu bersifat politik. Tujuannya hendak menggugat kredibiliti saya.

“Tetapi, saya akan terus bertanya, mana wang yang dikatakan dibawa pulang dari Pulau Cayman itu? Kenapa perlu pinjam wang untuk bayar hutang sekiranya anda ada RM8 bilion?” soal Dr Mahathir, sambil menambah beliau ada banyak lagi soalan hingga semuanya terjawab.

PITIS ANDA

1MDB bulan lepas berkata, ia menebus kembali lebih RM4 bilion dari pelaburannya di beberapa syarikat berlainan portfolio yang berdaftar di Pulau Cayman, tetapi tidak menyatakan sekiranya ia sudah dibawa pulang ke Malaysia.

“Saya syak, memandangkan mereka tidak boleh jawab soalan saya, mereka momokkan saya kerana bertanya. Apabila mereka lakukan sebegini, ia hanya menyumbang kepada syak yang 1MDB sedang dilanda masalah.

“Ini pandangan saya. Saya tidak bercakap bagi pihak sesiapa,” katanya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir juga berkata, beliau terkejut dengan laporan The Star mengatakan sesetengah blogger menyerang pengkritik 1MDB, kerana katanya, media arus perdana biasanya tidak akan melaporkan sesuatu yang negatif tentang ‘pihak berkuasa’.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak terkejut dengan apa yang dilakukan blogger tersebut, dan beliau tahu tentangnya.

“Blogger ni dulu kritik kerajaan. Tetapi sekarang, tak tahulah kenapa, sudah berubah. Saya perasan perubahan ini.

“Tetapi saya terima hak mereka untuk kritik saya. Oleh itu, saya tidak terkejut apabila mereka menukar haluan mereka,” kata Dr Mahathir, yang sebelum ini menerima sokongan blogger apabila beliau mengkritik pentadbiran Abdullah sebagai perdana menteri. –The Malaysian Inside

Related Posts:

0 Response to "Ramai Tak Sangka Mahathir Berani Cakap Macam Ni Lepas Anaknya, Mukhriz Letak Jawatan !"

Post a Comment