Anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Meera Alyanna Mukhriz atau Ally, meluahkan ucapan penghargaannya buat seluruh rakyat negeri Kedah kerana memberikan peluang untuk bapanya mencurahkan bakti buat negeri itu.
Dalam status yang dimuat naik ke akaun Instagram semalam, Ally berkata bapanya telah memberikan yang terbaik sepanjang tempoh perkhidmatannya, biarpun adakalanya terpaksa mengorbankan masa untuk bersama keluarga.
Ally turut tidak ketinggalan mengungkapkan rasa bangga terhadap bapanya yang dianggap sebagai lelaki yang penuh integriti, penuh semangat dan sangat tabah.
"Saya tidak tahu apa-apa tentang politik, tetapi saya kenal ayah. Saya tahu bahawa ayah adalah seorang yang hebat," kata Ally dalam statusnya.
Biarpun terkilan, Ally bagaimanapun yakin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Di akhir statusnya, Ally mengirimkan ucapan terima kasih kepada rakyat Kedah kerana menerima baik keluarga mereka sepanjang tempoh pimpinan Mukhriz, dan menyifatkan ia sebagai pengalaman indah dalam hidupnya.
Sumber: Astroawani
0 Response to "Luahan hati Ally anak perempuan Mukhriz Mahathir setelah ayahnya meletak jawatan MB Kedah yang amat menyentuh hati"
Post a Comment