Inilah Permintaan ‘PELIK’ Dato’ TERLAJAK LARIS Hingga KFA Terpaksa Tolak Tajaan D”HERBS !!! SEBAGAI sebuah kelab, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) tidak dapat memenuhi beberapa permintaan Pengasas D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman kerana melebihi bidang kuasa persatuan itu dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama penajaan yang melibatkan RM30 juta untuk tempoh tiga tahun.
Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar berkata, berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Persatuan yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah baru-baru ini, pihaknya memutuskan tidak meneruskan kerjasama dengan D’Herbs.
“KFA mengumumkan berdasarkan penajaan yang dikemukakan D’Herbs kepada persatuan yang mana draf-draf tentang penajaan yang terakhir iaitu pada 27 April lalu, kami meneliti setiap butir tawaran dan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan dengan konklusi muktamad dengan perjanjian penajaan tersebut.
Sehubungan itu, KFA mengucapkan ribuan terima kasih kepada D’Herbs di atas kesudian dan minat yang ditunjukkan di dalam menaikkan imej pasukan di persada tanah air. Kami berharap jalinan kerjasama dapat diteruskan dalam medium lain pada masa hadapan.
Jawatankuasa tertinggi KFA sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen semua pihak dan berharap agar kedua-dua pihak tidak membuat sebarang komen yang lanjut dan terperinci melalui media selepas kenyataan ini bagi menjaga imej kedua-dua pihak,” katanya pada sidang media, di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.
Menjelaskan pengumuman itu, Aminuddin berkata terdapat intipati perjanjian yang menyukarkan KFA.
Menurutnya, sebenarnya badan bola sepak Kedah itu melihat banyak permintaan D’Herbs yang boleh diterima pihaknya namun ada beberapa perkara yang sukar untuk direalisasikan.
“Agak sukar untuk KFA terima draf itu kerana ada yang melibatkan Kerajaan Negeri, walaupun nampak kita sinonim dengan Kerajaan Negeri namun sebenarnya ia adalah dua badan yang berbeza kerana KFA hanyalah sebuah persatuan sahaja.
Selebihnya, saya diarahkan untuk tidak memperincikan butir-butir draf perjanjian itu,” katanya.
Sumber: SinarHarian
0 Response to "Inilah Permintaan ‘PELIK’ Dato’ TERLAJAK LARIS Hingga KFA Terpaksa Tolak Tajaan D”HERBS !!!"
Post a Comment