Berhati-hati dengan 4 muka syaitan ni...mungkin anda akan jadi mangsanya




Di sini saya ingin berkongsi pengalaman malang saya yang berlaku ketika ramadhan baru-baru ini yang dapat dijadikan sebagai peringatan buat semua. Saya harap posting ini dapat diviralkan oleh setiap orang yang membaca dan seterusnya menghentikan kegiatan penipuan dan penganiayaan ketua jahanam bernama:

    Norasikin Mohd Ali (IC: 760422-10-5200)
    Nurfarah Syahida (IC: 980522-05-5524) (Anak perempuan)
    Zalikha Zahidah (IC: 960101-10-5310) (Anak saudara)
    Biruk Tezera Abebe (Passport: EP3335328) Warga Euthopia

Kesemua mereka di bawah syarikat bernama Zazafasya International (M) Sdn Bhd. 

Saya berurusan dengan mereka bagi tujuan menjahit pakaian-pakaian saya bagi keluaran Syawal. Tetapi malangnya, setelah pembayaran dibuat secara beransur-ansur dan jumlahnya mencecah sehingga lebih dari RM100,000, mereka terus menghilangkan diri. 

Malah, ugutan dan caci maki kepada saya dan keluarga termasuklah anak kecil saya yang berusia 6 bulan juga turut diugut dan diancam apabila kami cuba mendapatkan pakaian-pakaian yang ditempah mengikut perjanjian jual beli seperti yang dipersetujui. 

Segala urusniaga dibuat di Dubai, UAE. Atas dasar percaya kami kerana sebangsa, seagama, senegara, kami memlih mereka untuk menjadi rakan perniagaan kami. Lebih menyedihkan kami apabila mereka menggunakan agama Islam sebagai modal untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan. 

Kami mendapat tahu yang kami telah ditipu setelah mereka menangguhkan penghantaran barang yang ditempah berkali-kali. Oleh kerana di awal pertemui kami, si penipu yang memperkenalkan diri sebagai Nora Ali, tiada rekod yang kami temui sepanjang pencarian kami di internet mahupun laman sosial. 


Selepas ditipu, barulah kami mendapat tahu nama sebenarnya, Norasikin Ali dan segala aktiviti penipuan dibuat semenjak 2008. 

Antaranya:

    Menipu manubuhkan sekolah agama x wujud – Sekolah Islam Integrasi Al MUIZ (2011) Rujuk sini dan sini.
    Buat event Fashion Show, Product launching, tipu hotel 5 bintang (Royal Bintang) (2014). Rujuk laporan Kosmo!
    Sindiket Tabung Anak Yatim (2014)
    Sindiket pembantu rumah (2015) Rujuk sini.
    Penipuan pakej pelancongan dan borong ke China, Korea,etc (2014)
    Agen membekal pekerja di Middle East (2016)
    Menawarkan pekerjaan dan perlu membayar RM200 untuk mula bekerja (2015). Rujuk sini dan sini.
    Membekal mesin jahit dan mempunyai kilang menjahit pakaian pukal (2011-2016). Rujuk sini.

Berhati-hatilah, mereka sememangnya licik dan professional dalam menipu sehingga anda terpedaya kerana mereka tahu apa yang kita inginkan dalam urusniaga. Sepanjang kegiatan mereka, beberapa syarikat ditubuhkan mereka untuk menipu org ramai:

    Farah Syahida International (M) SDN BHD /Farah Syahida (Singapore) Ltd / Farah Syahida (Guangzhoa)
    Versla International
    ZF Factory International
    Airline International Islamic Garment
    Islamic Garment 
    Zazafasya International (M) SDN BHD / Zazafasya International DMCC (DUBAI) / Zazafasya International SFZ (OMAN) / Zazafasya International MFZ (KUWAIT).

Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak mampu menyelamatkan orang ramai daripada berurusan dan menjadi mangsa mereka yang seterusnya. 

Mengikut sumber terbaru mereka berada di Melaka dan aktif menipu dengan pelbagai modus operandi. Penipuan terbaru berkenaan peluang pekerjaan! Sekiranya ada mangsa-mangsa yang pernah berurusan dengan mereka diminta PM saya atau Yass Ill, Seri Noor, Jimi Remon NorAini C Oya. Kami sudah menubuhkan kumpulan untuk menghentikan kegiatan penipuan Norasikin Ali ini.

Semoga kita semua berada dalam lindungan ALLAH S.W.T Sesungguhnya ALLAH S.W.T akan sentiasa bersama hamba-hamba nya yang SABAR. Diharap post ini mendapat perhatian pihak-pihak berkuasa Kerajaan, NGO dan penguatkuasa undang-undang untuk membantu mangsa-mangsa lain seperti kami dan orang-orang lain yang dianiaya oleh sindiket Norasikin Mohd Ali. - Farah Khairuddin | PIXEL MEDIA

Related Posts:

0 Response to "Berhati-hati dengan 4 muka syaitan ni...mungkin anda akan jadi mangsanya"

Post a Comment