'Awak, Nanti Selalu Ziarahi Rumah Baru Saya Tau...'


Sayu rasa hati membaca luahan gadis ini yang bersedih dengan pemergian tunangnya yang maut dalam kemalangan hujung bulan Julai yang lalu. Terdahulu Harian Metro melaporkan, Mohd Zabani Zakaria, 25, meninggal dunia dalam kemalangan Sabtu, 30 Julai 2016. Motosikal yang ditunggainya melanggar sebelah kanan lori sebelum terjatuh lali digilis kenderaan lain. 

Difahamkan mangsa akan melangsungkan majlis perkahwinan pada 31 Ogos ini namun Allah lebih menyayanginya. 

Tunangnya, Puteri Nisha, memuat naik luahan hatinya di laman Facebook. Menurutnya, Allahyarham sering kali bercakap tentang kematian dari sejak mereka mula kenal lagi.

Dari mula saya kenal awak, awal selalu cakap tentang kematian. Selalu ingat kematian sejak mula kenal sehinggalah ke hari terakhir awak dengan saya. Banyak pesanan yang awak tinggalkan untuk saya. Kata-kata awak semuanya menunjukkan yang awak akan tinggalkan saya buat selama-lamanya. 

6 bulan awak tinggalkan saya semasa di PULAPOL, saya cuba kuatkan semangat. Saya masih mampu bertahan, sabar dan menanti kerana setiap hari awak call bertanya khabar. 

Tetapi sekarang, awak sudah meninggalkan saya untuk selama-lamanya. Tanpa berita, tanpa suara awak, saya tidak pasti sama ada saya mampu atau tidak untuk menghadapi semua ini. Terlalu cepat awak pergi, sehingga sekarang saya rasa ini semua mimpi. Saya tak sangka awak..

Selepas ini tak akan ada lagi yang call saya, mesej saya tanya saya macam-macam, bergurau dengan saya, selalu beri nasihat, pesanan untuk saya. Saya sudah hilang segala-galanya. Saya rasa menyesal sebab tidak mampu nak membalas kebaikan awak. Tetapi sekarang saya hanya mampu berdoa untuk awak. Semoga awak tenang di sana.

"Konstabel Zabani dalam kenangan, Al-Fatihah..."

Coretan tentang kematian yang pernah dikongsikan oleh Allahyarham Zabani





Awak, awak nak tahu tak? Ramai sangat yang menziarahi saya. Tetapi saya pelik kenapa mereka menangis. Awak, diorang baiklah, diorang mandikan saya guna sabun, airnya pun sejuk. Awak, diorang bedakkan sayalah, lepas itu diorang pakaikan wangian pula tu. Wangi sangat baunya macam air mawar.

Awak, saya dapat baju baru warnanya putih semua bersih pula tu. Diorang baik, diorang solatkan saya tetapi tak tahu macam mana nak berterima kasih pada diorang. Awak, saya dapat kereta baru, bawa saya ke rumah baru pula tu. Tapi saya sunyilah awak, rumah baru saya tiada sesiapa nak meneman, gelap pula tu. Awak, tolonglah saya, saya takut duduk seorang diri ni. Tetapi sudah memang takdir saya di rumah baru sayalah awak. Saya redha saja. Allah lebih menyayangi saya. 


Awak, nanti selalu ziarahi rumah baru saya tau. Bawalah sedikit air dan bunga untuk ditabur di rumah saya ini. Tetapi jangan lupa awak! Saya nak Al-Fatihah dari awak dan sedikit doa agar saya tenang dan tidak sunyi dalam rumah baru saya ini. 

Awak, kenapa awak sedih ni? Awak! Janganlah menangis di rumah saya ini, sakit saya tahu tak? Cuba awak senyum, boleh kan? Saya tak boleh nak lap air mata awak lagi. Awak sedih, lagilah saya sakit. 

Ingat! Selagi orang yang anda sayangi masih berada di depan mata kita, janganlah kita mensia-siakannya atau menyakitinya. Bila mereka sudah tiada, barulah kita tahu apa itu erti kehilangan. Maka jagalah dengan baik orang yang kita sayang. Jika kita ikhlas dari apa segi sudut, semua perkara yang kita buat mesti mendapat kebaikannya. 

Related Posts:

0 Response to "'Awak, Nanti Selalu Ziarahi Rumah Baru Saya Tau...'"

Post a Comment