PANAS!! Inilah Perkara Yang Mengejutkan Berlaku Di Mahkamah Sebentar Tadi Apabila Kes Faizznur, Bapa Saudara Anak Yatim Mangsa Kemalangan DUKE Dibicarakan!!!



Hari ini, keputusan mahkamah telah dibuat tentang kes permohonan dari Faiznurr dan seorang lagi bapa saudara anak yatim mangsa kemalangan DUKE.

Mahkamah Tinggi Syariah telah mengekalkan perintah untuk membekukan tiga akaun bank milik dua bapa saudara anak yatim.

Hakim Syarie, Nassir Abdul Aziz memutuskan demikian selepas menolak permohonan Hamlizar Husain, 44, dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 26, untuk mengetepikan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah pada Mei lalu bagi membekukan sementara akaun mereka.

Pada 19 Mei lalu, Yusnidah Husain, 48, kakak kepada Hamlizar dan Faizznur berjaya mendapatkan perintah membekukan akaun milik adik-adiknya itu.

Pada 19 Julai lalu, Hamlizar dan Muhammad Faizznur Asyraf pula memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah berkenaan.

Susulan itu, mahkamah melarang kedua-dua pemohon daripada menjalankan sebarang transaksi terhadap akaun-akaun Maybank berkenaan sehingga kes induk berkaitan nafkah diputuskan mahkamah.

Mahkamah juga mengarahkan pihak pengurusan Maybank memberi kerjasama sewajarnya untuk membekalkan dokumentasi berhubung transaksi sumbangan orang ramai ke dalam akaun itu.

Responden (Yusnidah) turut diperintah melantik akauntan bertauliah untuk mengaudit transaksi sumbangan orang ramai menerusi tiga bank dan laporan itu hendaklah difailkan dua hari sebelum perbicaraan kes induk (nafkah).

Sementara itu, peguam Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar yang mewakili Muhammad Faizznur Asyraf memberitahu media bahawa pihaknya akan memfailkan saman di mahkamah sivil dalam masa terdekat berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadap anak guamnya.

Kes anak yatim ini pernah menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia tahun lalu, melibatkan kemalangan dengan MyVi di DUKE.

Kini wang derma anak yatim ini dikatakan disalahguna oleh bapa saudara anak malang tersebut.













Sumber asal:thetrendingnow.blogspot.com

Related Posts:

0 Response to "PANAS!! Inilah Perkara Yang Mengejutkan Berlaku Di Mahkamah Sebentar Tadi Apabila Kes Faizznur, Bapa Saudara Anak Yatim Mangsa Kemalangan DUKE Dibicarakan!!!"

Post a Comment