PANAS!! AMIK KAU!!! SELEPAS BERDIAM DIRI INI RESPON BALAS DATUK VIDA JAWAB ISU TAK BAYAR CUKAI.. JANGAN SENTAP!!! SIAPAPUN BACA PASTI SOKONG

vida-1.jpg

PANAS!! AMIK KAU!!! SELEPAS BERDIAM DIRI INI RESPON BALAS DATUK VIDA JAWAB ISU TAK BAYAR CUKAI.. JANGAN SENTAP!!! SIAPAPUN BACA PASTI SOKONG


Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menganggap pertuduhan gagal membayar cukai sebagai dugaan dalam hidupnya.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata, dugaan tersebut adalah tiket kejayaan buat dirinya sebagai pemilik empayar perniagaan yang dikenali.

BILA DAH SENANG, BANYAK YANG PAHIT DATUK SERI VIDA

Ujian hidup, bukan senang nak senang, bila dah senang banyak yang pahit, jawabnya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada Astro Gempak.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Terdahulu menerusi laporan Astro Awani, Datuk Seri Vida didakwa ke atas 16 pertuduhan di bawah Seksyen 41 (7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 kerana gagal membayar cukai.
Datuk Seri Vida juga dikatakan gagal membayar cukai genap masa dalam tempoh bercukai dari April 2015 hingga Julai 2016 melibatkan RM4.2 juta.

Pengasas kosmetik itu bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi kesemua pertuduhan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Murtazadi Amran.

Pihak pendakwaan, Farah Ezlin Yusof meminta RM100,000 dikenakan bagi setiap pertuduhan untuk jaminan serta dua penjamin warganegara dan pasport tertuduh juga ditahan memandangkan kesalahan itu melibatkan hasil negara.

Peguam tertuduh, Khairil Azwar Khalil meminta hakim Murtazadi Amran merendahkan wang jaminan sebanyak RM3,000 untuk setiap pertuduhan kerana tertuduh merupakan pemilik tunggal syarikat yang dijalankan serta bertanggungjawab ke atas 200 pekerjanya

Sumber: AstroGempak

Related Posts:

0 Response to "PANAS!! AMIK KAU!!! SELEPAS BERDIAM DIRI INI RESPON BALAS DATUK VIDA JAWAB ISU TAK BAYAR CUKAI.. JANGAN SENTAP!!! SIAPAPUN BACA PASTI SOKONG"

Post a Comment