"Memang Saya Dan Umi Sudah Bertunang! Tak Payah Nak Kaitkan Saya Dangan Emma Lagi!!", Wow Tidak Tahan Dikaitkan Dengan Emma Akhirnya Zizan Nekad Bertunang Dengan Umi Nazeera





Ternganga Mulut Bila Zizan Melafazkan Gelaran Tunang Pada Nazeera. Sama Cantik Sama Padan, Tak Gitu!! Nak Tau Kenapa Zizan Cakap Macam Tuu.....Takut Terlepas Lagi Kot. Jom Kita Tengok Luahan Sebenar Zizan Nii!!......


SERING digosipkan dengan artis wanita, kini Zizan Razak dikaitkan pula dengan Ummi Nazeera lantas pelakon ini tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi di antara mereka.


“Saya dengan Ummi bergelar tunang.. hanya dalam Angin Cinta dan tidak lebih daripada itu. Itu sahaja.


“Masa mula-mula berlakon dengan Ummi, dia agak janggal dan sedikit kekok. Mungkin kerana tidak biasa.


“Kami berusaha mencari keserasian untuk dibawa ke dalam watak, tetapi timbul pula gosip-gosip seperti itu. Saya dan Ummi tetap berkawan sampai hari ini.


“Pelakon lelaki tidak boleh keluar dengan pelakon wanita ke hingga boleh timbul gosip-gosip seperti ini? Salahkah saya berkawan dengan artis wanita?” kata Zizan kepada Mangga Online.


#Selain Ummi, sebelum ini Zizan pernah menjadi perhatian berikutan kisah cintanya dengan Juliana Evans dan Emma Maembong.


Tambahnya, dia tidak kisah dengan gosip berkenaan namun kadang-kala ada gosip yang membuatkan namanya tercalar.

Related Posts:

0 Response to ""Memang Saya Dan Umi Sudah Bertunang! Tak Payah Nak Kaitkan Saya Dangan Emma Lagi!!", Wow Tidak Tahan Dikaitkan Dengan Emma Akhirnya Zizan Nekad Bertunang Dengan Umi Nazeera"

Post a Comment