Jantan Paling Durjana!! Azhar Memaksa Isteri Rakannya Minum Arak Sebelum Mer#g0lnya Dalam Hutan


PUTRAJAYA, Seorang buruh binaan akan meringkuk dan menghabiskan sisa hidupnya dalam penjara, kerana merogol dan meliwat isteri kawannya. Azhar Che San, 43, gagal dalam rayuan terakhirnya, apabila Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi.

Hakim, Datuk Zawawi Mohd Salleh yang mempengerusikan panel tiga anggota berkata, walaupun perayu (Azhar) akan dibebaskan dari penjara semasa usia 81 tahun, mahkamah tidak mempunyai kecenderungan untuk mengurangkan hukuman penjara, disebabkan fakta kes. Beliau berkata, hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan, setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.



Panel Mahkamah Agung yang turut bersidang, iaitu Hakim Ong Lam Kiat dan Datuk P. Nalini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lapan sebatan setiap satu, bagi dua pertuduhan merogol seorang wanita berumur 46 tahun, serta penjara 20 tahun dan lapan sebatan kerana meliwat mangsa.

Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Taiping, di Perak, memerintahkan Azhar menjalani hukuman penjara 18 tahun bagi pertuduhan pertama dan mula menjalani hukuman bagi pertuduhan kedua serta ketiga, selepas selesai menjalani hukuman penjara pertama.

Hukuman penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga berjalan serentak.Azhar mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen Taiping dan dijatuhi hukuman penjara sejumlah 54 tahun, bagi ketiga-tiga pertuduhan dan 36 sebatan, tetapi Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman kepada 38 tahun dan 24 sebatan.

Mengikut fakta kes, Azhar pergi ke rumah mangsa pada jam 6 petang 4 Mei 2014, dan memberitahunya, suami (mangsa) sakit dan mahu membawanya bertemu suaminya.Bagaimanapun, dia sebaliknya membawa mangsa ke sebuah pondok dalam hutan di daerah Larut Matang, Perak sebelum merogol dan meliwatnya.

Fakta kes itu juga menyatakan mangsa yang menderita kesakitan, melawan dan cuba melarikan diri ke kawasan bukit, tetapi terjatuh. Dia kemudiannya berulang kali dipukul, ditendang dan ditolak jatuh dari bukit, selain dicekik dan ditarik rambutnya.

Tertuduh kemudiannya menarik mangsa kembali ke pondok itu dan menyuruhnya minum minuman dalam tin yang disyaki alkohol, sebelum merogolnya sekali lagi.Timbalan pendakwa raya, Kee Wei Lon memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, ia (Mahkamah Rayuan) dapat menghantar mesej jelas kepada orang ramai bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang melakukan jenayah seksual.

Peguam, Varpal Singh berhujah, jika hukuman penjara dikekalkan, anak guamnya mungkin tidak berpeluang keluar penjara.

Sumber: mediakapak

Related Posts:

0 Response to "Jantan Paling Durjana!! Azhar Memaksa Isteri Rakannya Minum Arak Sebelum Mer#g0lnya Dalam Hutan"

Post a Comment