Kisah Menyanyat Hati 5 Beranak Naiki Motor Bertembung Dengan Roadblock Pihak Polis Malam Terakhir Ramadhan


Semalam kerja tahan orang...(road
block). Ada brader dalam lingkungan
30an. Bawak anak 3 orang. umur 10,7
dan 4 tahun. dan isteri beliau. So, lima
orang satu motor...
Saya tanya nak pegi mana? Bahaya
bawa ramai-ramai macam ni. Bawalah
kereta.
Brother tu terus bg i.c dan lesen dan
handphone dia. Tapi dia cakap
..."Encik ambik semua ni dulu... kami
memang tak ada kereta. Nanti lepas
terawih saya call dan ambik surat
saman dari encik. Saya bukan
rasuah...tapi cagaran sementara sebab
kami nak pergi masjid encik...Malam
ni last terawih... tolonglah untuk kami
habiskan terawih terakhir tahun ni... "
Terkedu aku dengar jawapan brother
ni... lantas aku suruh isteri dan anak-
anak beliau turun dari motor tu naik
kereta kerajaan yang ada lampu kat
atas. Aku hantar mereka ke masjid.
Aku serah balik barang-barang
brother tu. Aku menangis peluk
brother tu...
Balik ke opis jam 1 pagi. aku masuk
kereta inspira aku dan...berfikir.. "Ya
Allah... aku terlepas terawih
ramadhan terakhir... aku ada
inspira. tapi aku seorang yang naik..
brother tadi????.. aduss.. anak bini
aku kat rumah sibuk dengan
pakaian baru...
RUGINYA AKU.. TAK BAWA ANAK
BINI AKU PERGI TERAWIH DENGAN
INSPIRA AKU... SEBULAN TAK
PERNAH PERGI... Ya Allah
ampunkanlah aku.... engkau
tunjukkanlah petunjuk pada aku
sekeluarga.. Amin.....
#INSANLEMAH
Ditulis Oleh Edifice Casiolis Via
Facebook

Related Posts:

0 Response to "Kisah Menyanyat Hati 5 Beranak Naiki Motor Bertembung Dengan Roadblock Pihak Polis Malam Terakhir Ramadhan"

Post a Comment