Sayu : 4 Foto selfie terakhir isteri sebelum maut kemalangan tragis


Seorang wanita terputus kepalanya manakala suaminya pula putus
tangan setelah motosikal mereka kemalangan di Kilometer 14.2 di
Lebuh Raya Seremban - Port Dickson, awal pagi tadi.
Dalam kejadian pada jam 4.45 pagi itu, Nor Azina Mohd Ratki, 39,
meninggal dunia di tempat kejadian. Suami mangsa pula, Shamasrol Abu
Bakar, 36, parah.
Menurut sumber, kemalangan itu berpunca apabila Shamasrol yang
menunggang Naza Blake GT600 terbabas lalu melanggar pembahagi
jalan.
Kejadian itu menyebabkan leher Nor Azina terseret di besi penghadang
jalan sebelum terputus dan tercampak 10.5 meter dari badannya.
"Lelaki itu tercampak dan terkena besi penghadang jalan menyebabkan
tangan kirinya putus sehingga paras siku," katanya yang mengekori
motosikal pasangan terbabit.
Menurut abang Nor Azina, mangsa dalam perjalanan ke Petaling Jaya,
Selangor selepas berbuka puasa bersama rakan mereka yang berkonvoi
ke daerah berkenaan.
"Sebaik tiba di tempat kejadian, adik saya dipercayai tertidur di
belakang menyebabkan suaminya hilang kawalan lalu terbabas ke kiri
jalan.
Jenazah Nor Azina akan dikebumikan di Kota Damansara. Suami mangsa
yang cedera parah kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital
Tuanku Ja'afar.
Difahamkan pasangan itu mempunyai tiga anak berusia lingkungan
sembilan tahun hingga 16 tahun.

Related Posts:

0 Response to "Sayu : 4 Foto selfie terakhir isteri sebelum maut kemalangan tragis"

Post a Comment