VIDEO: Wanita Ditinggalkan Di Tepi Jalan Selepas Dibelasah Teruk Oleh Seorang Lelaki




Satu rakaman video yang menunjukkan seorang wanita dibelasah teruk oleh seorang lelaki sedang tersebar di laman sosial.

Kejadian itu berlaku di Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah, berdasarkan slang percakapan mereka yang merakam dan melihat kejadian tersebut.

Wanita berkenaan berada di luar pintu kereta penumpang sebelah kiri, sambil sebelah tangannya dilihat sedang bergelut dengan seorang lelaki yang berada di dalam kereta Viva itu.

Tidak lama kemudian lelaki tersebut keluar dari arah tingkap dan membelasah wanita berkenaan dengan menendang, memukul dan menghempasnya ke jalan raya. Lelaki itu turut merampas satu objek dipercayai pisau dari tangan wanita berkenaan. Dia juga turut mengambil beg sebelum masuk sebelum ke dalam kereta dan melarikan diri.

Beberapa orang yang melihat kejadian tersebut cuba membantu wanita yang sedang meraung dan menangis itu. -Siakapkeli.my

Related Posts:

0 Response to "VIDEO: Wanita Ditinggalkan Di Tepi Jalan Selepas Dibelasah Teruk Oleh Seorang Lelaki"

Post a Comment