Satu kejadian paranormal menjadi perbincangan dan menjadi viral di media sosialSeorang wanita yang sedang menemani anaknya yang dirawat di sebuah hospital di Bogor, Jawa barat terkejut apabila laci yang berada di depannya terbuka dan tertutup dengan sendirinya.
Peristiwa tersebut kemudian dituliskan oleh akaun Path Aa 'Ruki. Seperti dipetik dari merdeka.com, Isnin (27/7), Ruki menuliskan, isteri temannya tersebut terbangun kerana mendengar suara laci almari bufet yang terbuka tersebut.
"Beberapa malam yang lalu, di sebuah RS ternama di Bogor. Temennya isteri gua tidur di sana kerana perlu menemani anaknya yang diopname. Suatu malam dia kebangun kerana terdengar suara bising. Didapati lacinya terbuka dan tutup sendiri."
Ruki menambah, awalnya wanita tersebut sempat berfikir untuk lari dari bilik wad tersebut. Namun apabila melihat keadaan anak yang dijaga, ia membatalkan niatnya.
"Nak cabut, tak mungkin pula mau meninggalkan anaknya yang sedang tidur. Lagipun nak keluar pintu mesti lalu di depan almari itu. Loceng pun sudah ditekan, namun jururawat pun tak datang. Lalu dia mengambil keputusan untuk merakamkan dengan menggunakan handphonenya sambil mulutnya tak henti-henti kumat-kamit membaca apa-apap yang patut. Akhirnya dia tak dapat tidur semalaman.
0 Response to "INI VIDEO AKTIVITI PARANORMAL DI DALAM WAD YANG BERJAYA DIRAKAM,DAN TELAH DITONTON OLEH BERJUTA ORANG DI SELURUH DUNIA"
Post a Comment