Nur Nasirah Akhirnya Pecah Tembelang apabila PUNCA perkahwinannyadengan lelaki Lombok tersebar


Nur Nasirah Akhirnya Pecah Tembelang apabila PUNCA perkahwinannya dengan lelaki Lombok tersebar

#Nur Nasirah Akhirnya Pecah Tembelang apabila PUNCA perkahwinannya dengan lelaki Lombok tersebar

#Nur Nasirah Akhirnya Pecah Tembelang apabila PUNCA perkahwinannya dengan lelaki Lombok tersebar Diriku 18 Tahun, Sangat Cantik Dan Suami Pula 66 Tahun TAPI Kenapa Aku Sanggup Khawini Dia?


lg.php?bannerid=970527&campaignid=390403
Nur%2BNasirah%2BMohd%2BNazri%2B2.jpg
 

#DUNGUN : “Walaupun usia jauh berbeza namun saya kahwin dengan dia sebab saya sukakannya, bukan kerana duit atau terhutang budi.”


#itu pengakuan Nur Nasirah Mohd Nazri, 18, yang memilih Ismail Lombok, 66, seorang warga emas sebagai suaminya.

#Nur Nasirah berkata, perkenalan mereka bermula kira-kira dua tahun lalu apabila Ismail, seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang juga pekebun sering minum di restoran ibunya, Salma Abdullah, 42, di Paka.

#Ketika itu Nur Nasirah selalu berada di restoran untuk melakukan kerja-kerja dapur selain mengambil pesanan daripada pelanggan.
Kata Nur Nasirah, dia mula tertarik dengan perwatakan duda lapan anak itu yang sering bertanya khabar keadaannya dan keluarga.

Nur%2BNasirah%2BMohd%2BNazri%2B4.jpg
 
Nur%2BNasirah%2BMohd%2BNazri%2B6.jpg
 
Nur%2BNasirah%2BMohd%2BNazri%2B10.jpg
 
Nur%2BNasirah%2BMohd%2BNazri.jpg
 
Nur%2BNasirah%2BMohd%2BNazri%2B12.jpg
 
Nur%2BNasirah%2BMohd%2BNazri%2B13.jpg
 
Nur%2BNasirah%2BMohd%2BNazri%2B7.jpg
 

#Pada masa itu, dia tidak tahu bahawa Ismail turut menaruh hati padanya dan dia melayan lelaki itu seperti pelanggan lain yang berkunjung ke restoran milik ibunya.

#Namun, sikap Ismail yang sanggup berterus terang kepada ibu bapanya dan sedia menunggu untuk mengahwininya, berjaya membuka pintu hati gadis itu.

#Nur Nasirah ketika itu baru sahaja menamatkan persekolahan tingkatan lima.

#“Biar apa orang hendak kata kepada saya namun saya terimanya seadanya, dia begitu mengambil berat dan menyayangi saya sepenuh hati.

#‘Lagipun perkahwinan kami direstui keluarga, kami berkahwin dengan cara yang sah, ikut adat, cuma jarak usia sahaja berbeza, ia bukan penghalang cinta kami,” kata Nur Nasirah ketika dihubungi petang ini.

#Selepas mendapat persetujuan daripada keluarga kedua-dua pihak, akhirnya Nur Nasirah yang juga anak ketiga daripada lima beradik pasangan Salma dan Mohd. Nazri Mat Kidi, 54, selamat diijabkabulkan dengan Ismail dengan hantaran kahwin sebanyak RM7,000.

#Majlis akad nikah berlangsung di rumah pengantin lelaki di Jalan Santong, Paka kira-kira jam 10.30 malam, 18Mac lalu namun gambar-gambar perkahwinan mereka mulai menjadi viral di media sosial dengan ulasan-ulasan yang mempersendakan pasangan itu.

#Sementara itu, ibu Nur Nasirah, Salma yang juga rakan baik Ismail yang kini menjadi menantunya berkata, dia telah lama mengenali lelaki yang dikenali panggilan Pok Wil kerana mereka tinggal sekampung.

#“Selepas anak saya tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia berkali-kali meluahkan hasratnya itu, namun saya tidak memberikan keputusan kerana perlu berbincang dengan Nur Nasirah dahulu.

#“Akhirnya Nur Nasirah memberikan jawapan, barulah kami buat perbincangan lanjut lalu menetapkan tarikh perkahwinan mereka,” kata Salma yang merestui perkahwinan pasangan itu.

Related Posts:

0 Response to "Nur Nasirah Akhirnya Pecah Tembelang apabila PUNCA perkahwinannyadengan lelaki Lombok tersebar"

Post a Comment